artificial fibre | gentian buatan; serabut buatan | Kimia | Tiada | Gentian buatan: Gentian yang diperbuat daripada polimer berberat molekul tinggi seperti poliamida, poliester, akrilik dan poliolefin. |
artificial intelligence | kecerdasan buatan; kecerdikan buatan | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
artificial fibre | gentian buatan; serabut buatan | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
chemotherapeutic agent | agen kemoterapi | Bioteknologi | Tiada | Sebatian kimia buatan atau separa buatan, termasuk antibiotik yang dihasilkan secara buatan, seperti terbitan penisilin yang berupaya merencatkan pertumbuhan mikroorganisma. Agen ini digunakan sebagai agen terapi dalam badan pesakit. |
artificial selection | pemilihan buatan | Pertanian | Agronomi | Pemilihan secara sengaja yang dilakukan oleh manusia untuk mendapatkan tanaman yang mempunyai ciri diingini. Contohnya, baka padi yang moden adalah bersifat rendah dan tinggi hasilnya kerana telah melalui proses pemilihan buatan. Pemilihan buatan berbeza dengan pemilihan semula jadi yang diterangkan oleh Charles Darwin sebagai satu proses pemilihan yang memastikan tumbuhan yang dapat menyesuaikan dengan habitat sekeliling dapat bertahan manakala yang lain akan pupus. |
tape lace | renda pita | Kesenian | Tiada | Renda buatan mesin atau pita buatan tangan yang membentuk corak, disambungkan dengan palang atau dijahit pada fabrik net. |
thread lace | renda benang | Kesenian | Tiada | Renda yang diperbuat daripada gentian linen. Istilah ini adakalanya digunakan untuk membezakan antara renda buatan tangan dengan renda buatan mesin. |
artificial intelligence | kecerdasan buatan | Teknologi Maklumat | Tiada | Satu cabang sains komputer yang membolehkan komputer mensimulasi aspek kecerdasan manusia seperti pengecaman suara, deduksi, inferens, respons kreatif, kebolehan belajar daripada pengalaman dan kebolehan membuat inferens apabila diberi maklumat yang tidak lengkap. Dua bidang penyelidikan kecerdasan buatan yang lazim ialah sistem pakar dan pemprosesan bahasa tabii. Konsep kecerdasan buatan dibina oleh Alan Turing pada tahun 1950. Beliau menggunakan istilah kecerdasan komputer. Konsep ini dinamakan semula sebagai kecerdasan buatan oleh John Mc Carty pada tahun 1955. Antara aplikasi kecerdasan buatan terawal ialah atur cara komputer yang boleh bermain catur. Atur cara ini telah digunakan untuk mengalahkan juara catur dunia Anatoly Karpov. |
artificial | buatan; tiruan | Fizik | Tiada | 1. Buatan: Sesuatu yang dikerjakan atau yang dibuat oleh manusia dan tidak asli. 2. Tiruan: Hasil daripada usaha membuat sesuatu yang sama atau hampir sama dengan yang asli dan hasilnya juga tidak asli atau tulen. |
artificial | buatan; tiruan | Geografi | Tiada | 1. Buatan: Sesuatu yang dikerjakan atau yang dibuat oleh manusia dan tidak asli. 2. Tiruan: Hasil daripada usaha membuat sesuatu yang sama atau hampir sama dengan yang asli dan hasilnya juga tidak asli atau tulen. |