Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bukan yang sebenarnya


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
inertia forcedaya sifatekunMekanikGunaanDaya yang diada-adakan untuk mewujudkan keseimbangan pada sistem yang sebenarnya bukan dalam keseimbangan. Jasad yang ditindak oleh daya tak terimbang F akan mengalami pecutan pusat jisim aG. Nilai F dan aG dihubungkan oleh persamaan gerakan F = maG, dengan m sebagai jisim jasad itu. Sistem tersebut akan berkeseimbangan, dilihat dari segi gerakan linear, jika daya –ma ditambahkan kepada sistem daya asal tadi. Vektor –ma, iaitu vektor yang mempunyai magnitud yang sama dan hala yang bertentangan dengan F dan dikenakan di pusat jisim G, dinamai daya sifatekun. Dalam analisis, vektor daya sifatekun dikenali dengan cara yang sama seperti pengendalian vektor daya biasa. Konsep ‘daya sifatekun’ ini digunakan dalam analisis yang menggunakan prinsip d’Alembert. Daya ini juga dinamai daya berkesan songsang. Sinonim daya inersia. Lihat juga keseimbangan dinamik, prinsip d’Alembert.
pseudonymnama samaranKesusasteraanPuisiNama pengarang yang terdapat pada sesebuah puisi yang bukan nama sebenarnya. Contohnya,Tongkat Warrant bagi Usman Awang.
coding regionkawasan pengekodanBiologiGenetikKawasan dalam RNA pengutus yang sebenarnya mengekodkan polipeptida. bd. kawasan bukan pengekodan.
water repellentpenolak airKimiaTiadaBahan yang tidak menyerap air tetapi bukan sebenarnya kalis air.
water repellentpenolak airPentadbiran PerniagaanTiadaBahan yang tidak menyerap air tetapi bukan sebenarnya kalis air.
water repellentpenolak air; hindar airKejuruteraanTiadaBahan yang tidak menyerap air tetapi bukan sebenarnya kalis air.
petroleum etherpetroleum eterKimiaTiadaHidrokarbon alifatik peringkat rendah yang bertakat didih 30 - 120°C, mudah terbakar dan tidak berwarna. Hidrokarbon alifatik ini sebenarnya bukan eter mengikut takrifan kimia. Petroleum eter disediakan dalam pelbagai gred melalui penyulingan petroleum. Petroleum eter yang paling lazim ialah hidrokarbon C5 dengan takat didih 40 - 60°C dan C6 dengan takat didih 60 - 80°C. Petroleum eter digunakan sebagai pelarut makmal.
hit counterpenghitung kenaanTeknologi MaklumatTiadaPenghitung yang mengira bilangan kenaan laman web. Ia bukan alat penghitung sebenar yang mengira bilangan pelawat secara fizikal sebaliknya hanya mengira bilangan kenaan laman. Penghitung kenaan mungkin disalahgunakan supaya memberikan tanggapan bilangan kenaan yang lebih banyak daripada bilangan pelawat sebenarnya bagi menunjukkan kepopularan laman web. Oleh itu, penghitung kenaan tidak boleh dianggap sebagai alat pengukur kepopularan.
tautologytautologiKesusasteraanTiadaPengulangan secara keterlaluan sesuatu idea (perkataan, frasa, ucapan). Penggunaan perkataan atau frasa yang berlainan bagi menyatakan idea yang sama tanpa sebarang perbezaan dari segi penjelasan atau penekanan kepada pengucapan tersebut. Tautologi dianggap sebagai kecacatan stail. Contohnya, �lelaki bagaikan gajah yang tersergam itu sangat besar saiznya�, atau �saya sendiri secara peribadi...�, dan �raksasa gergasi yang suka makan orang�. Tautologi sebenarnya melanggar petunjuk Grice berkenaan kuantiti dan cara. Hal ini demikian kerana tautologi bersifat tidak memberikan maklumat serta mengulang-ulang sesuatu yang sudah diketahui, namun bukan semua tautologi melencong secara jelas atau tidak boleh diterima. Apabila tautologi berlaku dalam wacana, seseorang dapat membuat kesimpulan makna daripadanya, iaitu tautologi mempunyai tujuan pragmatik yang khusus untuk menegaskan sesuatu. Tautologi berasal daripada perkataan Yunani bermaksud �mengatakan yang sama�.

Kembali ke atas