seta | seta | Biologi | Entomologi | Bulu, bulu kejur, atau sisik serangga. |
tomentose | berbulu | Perhutanan | Tiada | Dilapisi atau diselaputi bulu-bulu atau fibril yang tersusun rapat. |
scrubbing brush | berus penggahar | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Alat daripada bulu-bulu binatang, serabut, plastik dan lain-lain yang digunakan untuk menggonyoh atau menggosok kuat-kuat sesuatu permukaan supaya bersih. |
seta | seta | Geologi | Tiada | 1. Bulu-bulu kejur atau sisik serangga, atau struktur yang menyerupai bulu kejur.,2.Tangkai yang menampung kapsul briofit.,3. Keta pada ketapod.,4. Lunjuran pada kutikel luar yang dihasilkan oleh trikogen. |
seta | seta | Biologi | Histologi dan Sitologi | 1 Bulu-bulu kejur atau sisik serangga, atau struktur yang menyerupai bulu kejur. 2 Tangkai yang menampung kapsul briofit. 3 Keta pada ketapod. 4 Lunjuran pada kutikel luar yang dihasilkan oleh trikogen. |
signal grass | rumput signal | Veterinar | Tiada | Rumput terpilih daripada spesies Brachiaria decumbens yang pertumbuhannya separa menjalar manakala batang dan daunnya diselaputi bulu-bulu halus. Rumput ini mudah hidup di pelbagai jenis tanah termasuk kawasan tanah cerun dan tahan terhadap banjir serta kemarau. Kandungan proteinnya ialah 10-12% dan tenaga sebanyak 8-9 MJ/kg. Rumput ini boleh menyebabkan masalah fotosensitif pada biri-biri dan kambing tetapi tidak pada lembu dan kerbau. Selain itu, ternakan juga boleh mengalami jaundis dengan tanda-tanda kekuningan di seluruh badan akibat meningkatnya kandungan bilirubin dalam darah, berkeruping di bahagian mulut dan punggung, tidak makan, kepala terdongak, kurus dan seterusnya boleh menyebabkan kematian. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh faktor antipemakanan seperti saponin yang terdapat di dalam rumput tersebut. |
Cushing’s syndrome | sindrom Cushing | Perubatan | Tiada | Keadaan yang disebabkan oleh kelebihan hormon kortikosteroid dalam tubuh. Keadaan ini dicirikan oleh pertambahan berat badan, pertumbuhan bulu-bulu pada muka dan tubuh yang berlebihan, muka dan badan kelihatan gemuk, kenaikan tekanan darah, osteoporosis, dan hipergligemia. |
cock hackles | bulu tengkuk ayam jantan | Perikanan | Tiada | Bulu daripada bahagian tengkuk ayam jantan yang digunakan untuk membuat umpan bulu. Bulu tengkuk ayam jantan menjadi bahan utama kerana ciri-cirinya yang lurus dan mudah untuk dipintal. Lihat juga umpan bulu (I). |
clothes moth Tineola | kupu-kupu kain | Biologi | Entomologi | Kupu-kupu berwarna pudar yang mempunyai sayap panjang dan kecil, dan berbulu pinggir panjang. Larvanya kecil, berwarna putih, dan memakan bulu, bulu pelepah, dan sebagainya. |
otolithic membrane | membran otolit | Biologi | Histologi dan Sitologi | Membran pada utrikel telinga dalam yang banyak mengandungi granul halus yang terdiri daripada kalsium karbonat dan protein serta sel neuroepitelium yang mempunyai bulu-bulu utrikel dan seterusnya mengeluarkan impuls yang rangsangan apabila keterangannya berubah akibat perubahan kedudukan kepala. |