sound on sound | bunyi atas bunyi | Komunikasi | Tiada | Pertindihan antara dua atau lebih bunyi secara serentak dengan satu sumber bunyi lebih jelas berbanding bunyi yang lain. Contohnya, bunyi muzik suasana yang mengiringi perbualan watak lebih kuat daripada bunyi dialog. |
babble | bebel | Sosiologi | Tiada | Bunyi-bunyi yang tidak mempunyai makna, yang dikeluarkan oleh bayi. |
alphabet | abjad | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Huruf yang mewakili bunyi-bunyi ringkas dalam suatu sistem bahasa yang disusun mengikut urutan yang tertentu seperti A, B, C, hingga Z. |
stereo mixer | pengadun stereo | Komunikasi | Tiada | Peralatan studio yang boleh mencampurkan bunyi-bunyi daripada pelbagai sumber. |
audio cassette recorder | perakam kaset audio | Komunikasi | Tiada | Alat elektronik yang mengandungi pita elektromagnet yang digunakan untuk merakam bunyi. Bunyi yang terhasil daripada alat ini boleh didengar dengan segera. |
sound effects | kesan bunyi | Komunikasi | Tiada | Unsur bunyi yang dapat mewujudkan kesan realiti dalam sesuatu penerbitan. Kesan bunyi terbahagi kepada tiga jenis iaitu bunyi alat muzik, bunyi semula jadi dan bunyi persekitaran semula jadi yang dirakamkan terus sewaktu penggambaran. |
ideograph | ideograf | Kesusasteraan | Tiada | Tulisan bercetak atau bertulis tangan, menggunakan lambang atau simbol-simbol, yang menggambarkan sesuatu idea tanpa menunjukkan bunyi-bunyi yang menjadikannya sebagai perkataan. |
alliterative poetry | puisi aliterasi | Kesusasteraan | Tiada | Puisi yang mengutamakan unsur-unsur aliterasi dalam struktur pola iramanya umumnya berdasarkan pengulangan kata-kata awal atau bunyi-bunyi dalam baris puisi itu sendiri. |
actuality sound | bunyi sebenar | Pendidikan | Tiada | Kesan bunyi daripada bunyi asal yang digunakan di dalam penerbitan radio dan video, contohnya bunyi pintu dibuka. |
rale | rale | Perubatan | Tiada | Bunyi abnormal pernafasan yang dikesan melalui auskultasi, yang menandakan keadaan patologi tertentu. Bunyi ini disebut sebagai bunyi lembap atau bunyi kering, bergantung sama ada cecair hadir atau tidak di dalam saluran udara berkenaan. Bunyi ini dikelaskan mengikut lokasinya, iaitu sama ada di bronkus, larinks, trakea atau vesikel. Sin: ronkus |