Satu siri tindakan berkongsi maksud melalui penyampaian mesej-mesej yang simbolik. Ia juga membawa maksud satu tindakan perkongsian maklumat antara seseorang dengan orang lain. Proses komunikasi melibatkan tiga aspek utama iaitu, (i) Komunikasi melibatkan manusia yang berhubung antara satu sama lain, (ii) Komunikasi melibatkan maksud yang dikongsi bersama, dan (iii) Komunikasi melibatkan simbol seperti gerakan, bunyi, huruf, nombor dan perkataan. Proses komunikasi secara keseluruhannya terbentuk melalui beberapa bahagian iaitu pengirim (sumber komunikasi), enkod (penukaran mesej kepada beberapa bentuk simbolik), mesej (produk fizikal sebenar yang hendak disampaikan), saluran (satu pengantara yang dipilih untuk memindahkan mesej), dekod (proses menterjemah simbol yang dihantar oleh pengirim kepada penerima dalam bentuk maklumat yang bermakna), penerima (individu yang akan mendekod simbol yang diterima) dan maklum balas (semakan hasil komunikasi). Dalam proses komunikasi terdapat gangguan yang dikenali sebag
Alat muzik tradisional dan moden yang diklasinkasikan sebagai membranofon jenis dram, dan idiofon jenis yang digoncang. Tamburin dimainkan dalam tradisi muzik klasik dan tradisi muzik rakyat di seluruh dunia. Baluhnya mempunyai bingkai sempit dan diperbuat daripada kayu dengan beberapa piring logam kecil yang disisipkan antara bahagian bingkai tersebut. Terdapat dua jenis tamburin, iaitu (i) jenis dram membranofon yang mempunyai satu muka kulit. Muka kulit dipasang pada bingkai dengan paku logam. Tamburin dipegang secara menegak dengan sebelah tangan dan bingkai atau muka kulitnya dipukul dengan tangan. Piring logam tersebut akan menghasilkan bunyi apabila dipukul. (ii) jenis idiofon yang digoncang. Tamburin ini berbingkai sempit dan piring logam dipasang pada bingkai tersebut. Alat muz
Thanks for clicking. That felt good.