angklung (Mal) | angklung | Kesenian | Tiada | Alat bunyi-bunyian yang diperbuat daripada buluh. |
act tune | muzik selingan | Muzik | Tiada | Bunyi-bunyian yang dimainkan semasa tirai diturunkan di antara babak-babak dalam opera. |
auditory stimully | rangsangan dengaran | Komunikasi | Tiada | Hasil daripada bunyi-bunyian yang melengkapkan kekuatan visual untuk merangsang aksi penerimaan penonton. |
asynartete | asinartet | Kesusasteraan | Tiada | Rangkap yang mengandungi sebahagian unit bunyi-bunyian. |
selampit (M.) | selampit | Kesusasteraan | Tiada | Sejenis cerita rakyat yang berbentuk lipur lara yang dituturkan dengan menggunakan alat bunyi-bunyian. |
futurism | futurisme | Kesusasteraan | Tiada | Pergerakan seni yang muncul di Itali pada tahun 1909 untuk menggantikan nilai estetik tradisional dengan ciri yang menekankan penggunaan teknologi moden. Pergerakan yang singkat dalam kesenian dan kesusasteraan Eropah ini menolak dengan tegas tradisi konvensi seni sebelumnya, dan peraturan nahunya demi memaparkan dinamisme pad abad ke-20 yang dikenali juga sebagai �abad mesin�. Futurisme bertujuan melahirkan bentuk, subjek, dan gaya yang baharu dalam karya sastera terutamanya puisi. Teknik puisi yang baharu ini melibatkan eksperimen percetakan, dan komposisi sajak yang direka dengan bunyi-bunyian tanpa makna. Lihat juga garda depan. |
macapat | macapat | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi jawa yang bersifat peribumi. Bentuk puisi ini muncul pada zaman awal kedatangan Islam ke Tanah Jawa. Rangkap macapat terdiri daripada empat hingga sepuluh baris dengan setiap baris mempunyai tiga hingga dua belas suku kata. Semua rima hujung baris rangkapnya terdiri daripada bunyi vokal. Macapat mempunyai meter yang dikenali sebagai �tembang cilik� atau meter kecil, berbeza dengan �tembang gede� atau meter besar. Meter besar dikhaskan untuk puisi yang dipengaruhi bentuk prosodi India seperti kakawin. Bentuk meter macapat dieprkenalkan oleh para wali untuk mencipta puisi mistik atau puisi suluk yang amat popular pada kurun ke-18 dan 19. Puisi macapat biasanya dilagukan dan setiap meternya mempunyai lagu yang tersendiri. Kebanyakan rangkap macapat dinyanyikan tanpa iringan alat bunyi-bunyian. Puisi yang menggunakan bentuk meter macapat ialah puisi Kidung Rangge Lawe. Lihat juga kakawin, kidung. |
resonance | resonans | Perubatan | Tiada | Pemanjangan dan penguatan bunyi yang dipancarkan ke dalam rongga, terutama bunyi yang dijanakan dengan paluan alat bunyian, seperti garpu tala dan teknik perkusi. |
quartal | kuartal | Muzik | Tiada | 1.Bunyian kord kuartal terhasil daripada pertindihan not yang berjarak perfek ke-4 dan/atau augmented ke-4. Manakala pertindihan not berjarak perfek ke-5 menghasilkan kord kuintal. Kord kuartal mempunyai bunyi yang kurang stabil berbanding dengan kord kuintal. < |