labour economics | ekonomi buruh | Ekonomi | Tiada | Cabang ekonomi yang mengkaji pasaran buruh seperti permintaan dan penawaran buruh, kecekapan buruh, upah, pergerakan pekerja, diskriminasi pekerjaan, dan masalah pengangguran. Cabang ekonomi ini lebih kerap menggunakan teori mikroekonomi. |
manspower policy | dasar tenaga manusia | Ekonomi | Tiada | Dasar yang bertujuan untuk menyediakan buruh dengan bilangan yang mencukupi dan kemahiran yang bersesuaian dengan keperluan pembangunan sesebuah negara. Dasar ini melibatkan tiga aspek, iaitu penawaran buruh, permintaan buruh, dan pewujudan tenaga buruh. Dalam pelaksanaannya, dasar ini menitikberatkan latihan untuk meningkatkan kualiti buruh supaya seimbang dengan permintaan buruh dan pelajaran, bersesuaian dengan peningkatan kualiti tenaga manusia. |
unproductive labour | buruh tak produktif | Ekonomi | Tiada | Buruh yang tidak terlibat secara langsung dalam proses pengeluaran barang-barang ketara. Mengikut Adam Smith, buruh tak produktif termasuk buruh yang terlibat dalam perkhidmatan seperti tentera, pekerja gereja, peguam, pelukis, kerani dan pentadbir. Pengelasan Adam Smith ini tidak berasas kerana perkhidmatan juga merupakan barang ekonomi dalam bentuk output tak ketara, tetapi mengikut pendapat mutakhir buruh yang terlibat dalam perkhidmatan dianggap buruh produktif. |
labour conflict | pertelingkahan buruh/konflik buruh | Kependudukan | Tiada | Tiada |
labour statistics | perangkaan buruh/statistik buruh | Kependudukan | Tiada | Tiada |
semi-skilled labour | buruh separuh mahir | Ekonomi | Tiada | Buruh yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu yang diperoleh daripada pengalaman bekerja dan/atau latihan separuh profesional. Buruh separuh mahir berbeza daripada buruh mahir dari segi kepakaran, iaitu kepakaran yang dimiliki tidaklah begitu khusus dan memerlukan proses pembelajaran atau latihan yang lebih rumit dan yang lebih lama memakan masa. Misalnya, mekanik kereta, juruteknik, dan jurukimpal. |
labour force status | taraf tenaga buruh/status tenaga buruh | Kependudukan | Tiada | Tiada |
labour force status | taraf tenaga buruh/status tenaga buruh | Sosiologi | Tiada | Tiada |
economic constraint | kekangan ekonomi | Sosiologi | Tiada | Hambatan kepada pencapaian matlamat utama ekonomi seperti pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan agihan pendapatan serta kekayaan yang saksama contoh kekurangan buruh mahir, buruh yang tak mobiliti, kekurangan alat, modal dan ketiadaan teknologi yang sesuai. |
labour-saving bias | bias penjimatan buruh | Ekonomi | Tiada | Proses pembangunan ekonomi yang cenderung menggunakan lebih banyak modal daripada buruh. Proses ini selalunya berpunca daripada penggunaan teknik penjimatan buruh yang diimport dari negara maju. |