Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) bp tidak menggunakan akal fikiran, tidak berakal (dlm melakukan sesuatu perbuatan); b) ki asal makan saja (tidak peduli rasa makanan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buta perut


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
methanol poisoningkeracunan metanolKimiaForensikKeracunan akibat pengingesan metanol, iaitu alkohol yang sangat beracun. Dos maut metanol ialah 60 mL -250 mL dan had pendedahan individu terhadap alkohol ini ialah 200 ppm. Metanol mungkin menyebabkan rasa loya, muntah, sakit perut, dan buta. Kematian mungkin berlaku selepas meminum 60 mL metanol sahaja. Dalam kes parah, hati, buah pinggang, dan jantung menunjukkan degenerasi parenkimatus. Paru-paru menunjukkan epitelium terdeskuamat, emfi sema, edema, kesesakan, dan pneumonia bronkus. Otak mungkin menunjukkan edema, hiperemia, dan petekia. Mata menunjukkan perubahan degeneratif dalam retina dan edema cakera optik, dan mungkin terdapat atrofi saraf optik. Epitelium kornea mungkin menunjukkan perubahan degeneratif.
Tinospora crispaPutarwaliPertanianTiadaTumbuhan dalam famili Menispermaceae ini juga dikenali sebagai akar seruntun dan patawali. Tumbuhan jenis pokok memanjat dengan batang yang berbintil-bintil. Daunnya jenis ringkas tersusun bertentang, daunnya berbentuk kordat. Jambak bunga jenis rasem dan bunganya berwarna kuning muda. Tumbuhan ini mengandungi alkaloid kuartener, berebrina dan glikosoid furanoditerpena yang memberikan rasa pahit. Pokok ini biasanya ditanam menjalar di pagar. Air rebusan batang diminum untuk rawatan demam, demam kuning, kolera, malaria, kecacingan, kencing manis, darah tinggi, sakit perut. Pokok ini digunakan secara luaran untuk merawat bisa ular, luka dan kudis buta.
Tinospora tuberculataputarwaliHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan dalam famili Menispermaceae yang dikenali juga sebagai akar seruntun dan patawali. Tumbuhan ini jenis pokok memanjat dengan batang yang berbintil-bintil. Daunnya jenis ringkas tersusun bersetentang dan berbentuk kordat. Jambak bunganya jenis rasem dan bunganya berwarna kuning muda. Tumbuhan ini mengandungi alkaloid kuarterner, berberina dan glikosoid furanoditerpena yang memberikan rasa pahit. Pokok ini biasanya ditanam menjalar di pagar. Air rebusan batang diminum untuk merawat demam, demam kuning, kolera, malaria, kecacingan, kencing manis, darah tinggi dan sakit perut. Air rebusan tumbuhan ini digunakan secara luaran untuk mencuci luka dan kudis buta.

Kembali ke atas