bright sunlight | cahaya mata hari cerah | Komunikasi Massa | Tiada | Tiada |
eyelight | cahaya mata | Komunikasi | Tiada | Cahaya yang dihalakan ke muka pelakon khususnya di bahagian mata. Cahaya ini menggunakan lampu berkuasa tinggi untuk memberikan limpahan cahaya yang seimbang di bahagian mata. |
reflectorization | pemantulan | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Sistem pantulan yang digunakan di jalan raya sebagai penanda atau penunjuk jalan, misalnya pemantul cahaya, mata jalan, dan lain-lain. |
eye | mata | Biologi | Histologi dan Sitologi | Organ penglihatan. Kebanyakan haiwan mempunyai mata, sama ada yang berbentuk ringkas atau kompleks. Mata manusia terletak di dalam lesung tengkorak dan dilindungi lapisan sklera. Di hadapan bola mata terdapat kornea yang lut sinar yang membolehkan cahaya masuk ke dalam mata. Cahaya yang masuk akan dibiaskan oleh kornea dan difokuskan oleh kanta ke atas retina untuk merangsang sel rod dan sel kon. Sel-sel ini membentuk impuls yang kemudian dihantar ke otak melalui saraf optik untuk ditafsirkan. |
pupil | anak mata | Perubatan | Tiada | Bukaan pada iris mata yang membolehkan cahaya memasuki mata. |
luminosity | luminositi | Fizik | Optik | Kecerahan yang berkaitan dengan cahaya putih atau cahaya berwarna. Kepekaan mata manusia berubah mengikut kecerahan cahaya. |
ocellus | oselus | Biologi | Histologi dan Sitologi | 1. Mata mudah atau bintik mata pada kebanyakan haiwan rendah. 2. Mata dorsal serangga. 3. Tanda seperti mata yang terdapat pada kebanyakan serangga, ikan, bulu unggas dan lain-lain. 4. Sel besar pada epidermis daun yang khusus menerima cahaya. 5. Bonggol pada sporangiosfor sesetengah kulat yang berfungsi menerima cahaya. |
light adaptation | penyesuaian cahaya | Biologi | Fisiologi | Penyesuaian kepekaan mata terhadap cahaya disebabkan penurunan kepekatan fotokimia di dalam sel batang dan sel kon. Bahan fotokimia ditukarkan kepada retinon dan rodopsin, dan kebanyakan daripada retinon itu pula ditukarkan kepada vitamin A. |
iris | iris | Perubatan | Tiada | Bahagian mata antara kornea dengan kanta yang mengelilingi anak mata. Iris berfungsi untuk mengawal jumlah cahaya yang memasuki mata. |
iris | iris | Perubatan | Tiada | Bahagian mata di antara kornea dan kanta, dan mengelilingi anak mata, dan berfungsi mengawal jumlah cahaya yang memasuki mata. |