Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bunyi spt bunyi orang makan atau bina­tang berjalan di lumpur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cak I

Puisi
 

Cak tulis Kuala Bintang,
     Pecung yu lubang juga;
Kalau tak boleh hingga petang,
     Orang tidak kenangkan kita.


Lihat selanjutnya...(4)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lullabydodoiKesusasteraanTiadaLagu yang didendangkan untuk menenteramkan dan menidurkan anak. Biasanya dodoi mengandungi lagu yang pendek, disampaikan secara berulang-ulang dengan melodi yang lembut, menggunakan puisi kanak-kanak sebagai liriknya. Kebanyakan dodoi bersifat didaktik dan berunsur keagamaan. Contohnya: �Endoi-endoi cak, Cak makan padi, Adik jangan teriak, Mak masak nasi. Buah kacang botor, Bilang satu satu, Tidur adik tidur, Takut burung hantu. Burung hantu punai, Bertelur dalam bakul, Kera duduk menyemai, Lotong duduk menyangkul.
kecakkecakMuzikTiada

 Teater dan tarian yang berasaskan epik Ramayana di Bali. Penyanyi korus lelaki duduk secara bulatan mengelilingi be­berapa penari utama. Korus lelaki tersebut menyanyi silibal cak yang diulangi rentak bertingkah-tingkah meniru jeritan monyet.

keroncongkeroncongMuzikTiada

 Genre muzik sosial yang berasal dari Betawi, iaitu Jakarta pada abad ke-16 dan abad ke-17. Pada masa itu, keroncong dinyanyikan oleh kaum lelaki Serani kelas bawahan yang diberi gelaran Buaya Keroncong. Mereka berjalan-jalan di ban­dar sambil menyanyikan lagu keroncong pantun kasih sayang kepada kaum wanita. Ensembel dan idiom keroncong diiringi penyanyi, biola, flut, cak dan cuk, gitar, celo dan dabal bes. Flut memainkan melodi secara heterofoni, sementara dua gitar kecil, iaitu cak dan cuk bermain silih berganti seperti saron dan bonang. Alat muzik gitar berfungsi untuk melengkapkan irama, celo dimainkan secara pizzicato, iaitu meniru rentak gendang manakala dabal bes pula memainkan not bes. Contoh beberapa jenis keroncong ialah keroncong asal (keroncong asli Jawa), keroncong stambul (keroncong yang dipersembahkan dalam teater komedi stambul) dan keroncong langgam (keroncong lain yang bukan keron­cong asli

vifvifMuzikTiada

Gaya persembahan yang menggambarkan suasana yang rancak, riang dan bersemangat. Contohnya, gerakan pertama bagi <i>Scarmouche i>oleh Milhaud yang ditandai vif untuk menonjolkan tempo yang cepat.

air-mass classificationpengelasan iklim udaraSainsHidrometeorologiSistem untuk mengenali dan mencirikan jisim-jisim udara yang berlainan mengikut skema asas. Beberapa sistem telah dicadangkan, tetapi pengelasan Bergeron lebih diterima dengan meluas. Dalam sistem ini, jisim udara perlu dikenal pasti mengikut sifat-sifat terma wilayah puncanya: tropika (T); kutub (P); dan kadang-kadang Arktik dan Antartika (A). Untuk ciri taburan kelengasan; jisim-jisim udara dibezakan kepada kawasan punca kebenuaan (c) dan kelautan (m). Pengelasan seterusnya adalah mengikut sama ada udara sejuk (k) atau panas (w) nisbi terhadap permukaan di bawahnya. Ini menunjukkan keadaan kestabilan aras rendah udara jenis pengubahsuaian dan juga berkait dengan cuaca dalam jisim udara itu. Garis panduan pengelasan menghasilkan penanda jisim udara seperti cTk, cTw, mTk, mTw, cPk, cPw, mPk, mPw, cAk, cAw, mAk, mAw; (yang terakhir tidak pernah digunakan)

Kembali ke atas