customer engineer (CE) | jurutera pelanggan | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
cerium | serium | Geologi | Tiada | Unsur logam nadir bumi dalam siri lantanid dan ahli kumpulan IIIB jadual berkala, simbol Ce, nombor atom 58, berat atom 140.12 dan sangat reaktif. |
cerium | serium | Kimia | Tiada | Unsur logam nadir bumi dalam siri lantanid dan ahli kumpulan IIIB jadual berkala, simbol Ce, nombor atom 58, berat atom 140.12 dan sangat reaktif. |
cerium | serium | Kimia | Tiada | Unsur logam nadir bumi dalam siri lantanid dan ahli kumpulan IIIB (atau 3) jadual berkala, simbol Ce, nombor atom 58, berat atom 140.12, nombor pengoksidaan +3 dan +4, takat lebur 795°C, takat didih 3257°C, berbentuk pepejal kelabu, sangat reaktif, mulur, agen penurunan yang kuat dan terdapat empat isotop yang stabil. serium diperoleh daripada pengekstrakan bijih serit, bastnasit dan monazit. Unsur ini digunakan untuk membuat aloi, propelan roket dan sebagai mangkin dan agen penurunan. |
decasyllabic | dasasuku | Kesusasteraan | Puisi | Perkataan dalam setiap baris pada sesebuah puisi itu mengandungi sepuluh suku kata. Contohnya, pada baris pantun di bawah. Le/bah ter/be/bar ter/bang se/ka/wan, 12345678910 Hing/gap di/ce/lah ka/yu ber/du/ri; 12345678910 A/lang/kah ca/bar ru/pa/nya tu/an, 12345678910 Da/ga/ngan in/dah ti/dak ter/be/li. 12345678910 |
hyphenated technique | teknik bersempang | Herba | Fitokimia | Teknik yang digunakan untuk menganalisis secara kuantitatif dan kualitatif konstituen kimia yang terdapat dalam sesuatu campuran dengan menggunakan kombinasi kaedah pemisahan melalui beberapa kaedah spektroskopi. Pelbagai jenis kombinasi telah digunakan seperti kombinasi kromatografi gas, kromatografi cecair atau elektroforesis kapilari dengan pelbagai alat pengesan seperti spektroskopi jisim, ultraungu, inframerah dan NMR. Contoh singkatan yang digunakan bagi kaedah ini ialah GC-MS, CE-MS, LC-MS, LC-UV-MS dan LC-UV-NMR. |
rosalia | rosalia | Muzik | Tiada | Kesan bentuk melodi yang terhasil daripada pengulangan sesuatu melodi atau frasa secara satu ton atau semiton menaik. Pengulangan melodi ini secara tepat dari segi kandungan jeda. Rosalia menimbulkan urutan melodi dan modulasi secara cepat. |