Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ceng.kih] | چڠکيه

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok yg bunganya wangi atau buahnya mempunyai bau yg wangi, pedas rasanya, dibuat rempah, dll), Eugenia aromatica; 2. gambar ukiran yg berupa bunga cengkih (pd barang-barang perak dll); 3. nama daun terup besar yg gambarnya spt bunga cengkih (daun terup kelawar). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ceng.kih] | چڠکيه

Definisi : nama sj pohon yg bunganya dan juga buahnya berbau sedap dan pedas rasanya (digunakan utk rempah-rempah dan di dlm isi rokok), Eugenia aromatica. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cengkih


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kelarai cengkih beranakkelarai cengkih beranakKesenianTiadaKelarai bunga cengkih yang tidak berbingkai.
rintik cengkihrintik cengkihKesenianTiadaCorak batik berunsur tumbuhan bermotif bunga cengkih.
bunga cengkihbunga cengkihKesenianTiada1. Motif tembikar berunsur tumbuhan berbentuk bunga cengkih atau lima pecahan kelopak. bunga pecah empat.
kelarai bunga cengkihkelarai bunga cengkihKesenianTiadaCorak anyaman berunsur tumbuhan berbentuk bunga cengkih.
clove oilminyak bunga cengkihPerubatanTiadaMinyak daripada bunga cengkih yang menjadi bahan utama dalam simen zink-oksida-eugenol untuk mengurangkan sakit.
oil of cloveminyak cengkihKesenianTiadaMinyak daripada bunga cengkih untuk melambatkan kekeringan cat minyak dan juga sebagai campuran untuk mewangikan cat campuran air.
studded onionbawang susuk cengkihPentadbiran PerniagaanTiadaBawang besar yang dikupas, dititik dengan bunga cengkih sebagai bahan perasa kaldu dan sos.
clove oilminyak cengkihKimiaForensikCecair tak berwarna atau kuning pucat semasa baru disuling, yang bertukar ke warna perang kemerahan gelap apabila terdedah kepada udara. Bahan utamanya terdiri daripada eugenol, dan juga mengandungi kariofilin dan vanilin. Bahan meruap ini dihasilkan secara penyulingan cengkih. Bahan ini juga merupakan ramuan campuran yang digunakan untuk rawatan kembung perut, melegakan hidung tersumbat, dan sakit otot yang tidak serius. Minyak inl baleh menghasilkan anestesia setempat dan digunakan sebagai ubat sakit gigi.
bunga pecah empatbunga pecah empatKesenianTiadaMotif tekat, tembikar dan tenunan berunsur tumbuhan yang berbentuk bunga cengkih atau tampuk manggis yang berkelopak empat. bunga cengkih.
clove powdercengkih)Pentadbiran PerniagaanTiadaTiada
123

Kembali ke atas