dish | mangkuk; ceper; piring; dulang | Aeroangkasa | Tiada | 2. Ceper: Ceper atau piring pembalik gelombang radio yang biasanya berbentuk parabola. |
gel tray system | sistem ceper gel | Pergigian | Tiada | Sistem yang melibatkan penggunaan ceper khas dan gel berfluorida yang digunakan dalam rawatan fluorida topikal. Gel berfluorida diletakkan ke dalam ceper khas bagi rahang atas dan rahang bawah mulut pesakit. Ceper yang diisi dengan gel itu dimasukkan ke dalam mulut pesakit. Mulut pesakit ditutup beberapa minit untuk membenarkan ion fluorida dalam gel diserap oleh struktur gigi. Gel ini biasanya terdapat pelbagai rasa bagi mengurangkan rasa pahit fluorida. |
impression tray | ceper impresi | Perubatan | Tiada | Ceper yang digunakan untuk membawa, membendung dan mengawal bahan impresi semasa mengambil impresi. |
dish aerial | aerial ceper | Aeroangkasa | Tiada | Ceper logam yang digunakan untuk menerima isyarat. |
radar dish | ceper radar | Aeroangkasa | Tiada | Peranti berbentuk ceper yang digunakan untuk membentuk dan mengarahkan jalur radar. |
sectional impression tray | ceper impresi sukuan | Pergigian | Tiada | Sejenis ceper kecil yang hanya boleh mengambil impresi beberapa gigi sahaja. Ia boleh diperbuat daripada plastik atau logam. |
close-fitting special impression tray | ceper impresi khas padan rapat | Perubatan | Tiada | Ceper impresi yang dibuat khas untuk mengambil impresi kawasan edentulus tidak berunderkut menggunakan lapisan bahan impresi yang nipis, misalnya pes zink-oksida. |
disc refiner | ceper penghalus | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Mesin yang terdiri daripada dua ceper bergigi yang menegak, satu daripada nya pegun dan yang satu lagi berputar. Mesin ini bergerak berterusan untuk meleraikan dan menghaluskan stok, biasanya serpai halus dalam penyediaan pulpa. |
mechanical pulpa | pulpa mekanikal | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Pulpa yang dihasilkan secara mekanikal dengan menggunakan batu penggilis dan ceper penghalus. Batu penggilis digunakan ke atas kayu bulat, dan ceper penghalus ke atas serpai untuk menghasilkan gentian terasing. |
tray | ceper; bakul dulang | Perubatan | Tiada | Bekas berpermukaan mendatar untuk mengisi atau membawa bahan atau objek misalnya bahan impresi. |