Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.ra.ki.nan] | چراکينن

Definisi : 1. penyelidikan (utk mengetahui hal-hal, peristiwa, dll), penyiasatan; 2. uraian (penyelidikan) kimia (utk menentukan kandungan sesuatu dll); ~ fizik (kimia) uraian (penyelidikan) yg menggunakan kaedah fizik (kimia); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cerakinan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
assaycerakinanKimiaBiokimiaPenentuan nisbah juzuk-juzuk di dalam sesuatu bahan, seperti penentuan aktiviti enzim berdasarkan kadar pembentukan hasil atau kelenyapan zat tindak balas.
assaycerakinanKimiaTiadaAnalisis kuantitif yang menentukan kangdungan kompisisi tertentu sesuatu bahan. Analisis ini dilakukan terhadap bijin pelbagai logam, terutamanya logam bernilai, untuk mengetahui peratus logam berkenaan; terhadap bahan farmasi untuk menentukan kuantiti dadah yang terdapat di dalam unit tertentu; dan terhadap organisma untuk menentukan tindak balasnya terhadap antibiotik atau racun. Kaedah yang terakhir ini dinamakan biocerajinan. Bijih diverakinkan melalui proses pemeringkatan haba, manakala bahan farmasi pula dicerakinkan melalui proses pengekstrakan pelarut dan pemisah kimia.
radiometric assaycerakinan radiometrikSejarahTiadaKaedah menentukan kualiti uranium dalam sesuatu spesimen dengan mengukur kandungan radioaktifnya, dalam kajian arkeologi.
crude assaycerakinan minyak mentahKejuruteraanTiadaProsedur untuk menentukan ciri-ciri am penyulingan.
five-point assaycerakinan lima titikMatematikTiadaTiada
acetylene-block assaycerakinan blok-asetilenaPertanianSains TanahTiada
acetylene-reduction assaycerakinan penurunan-asetilenaPertanianTiadaTiada
specified zonzon ditentukanPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanBahagian kayu yang telah diawet, yang jumlah minimum pengawet ditentukan dan diuji dengan cara pengekstrakan atau cerakinan kimia.

Kembali ke atas