Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : perbuatan menerbitkan hasil ciptaan atau karya penulis, pemuzik, penyanyi dsb, tanpa kebenaran, tanpa membayar royaliti kpd mereka dsb: masalah ~ bukan sahaja menjadi masalah penyanyi malah masalah para pengeluar kaset; mencetak rompak menghasilkan semula, menerbitkan atau menggunakan bahan ber­cetak atau bahan rakaman (spt pita video, perisian komputer, kaset dsb) karya orang lain tanpa kebenaran atau secara haram, ter­utamanya utk tujuan memperoleh keuntung­an: polis berjaya menumpaskan sindiket ~ VCD; beberapa kegiatan ~ perisian komputer telah dapat dikesan oleh pihak berkuasa; pencetak rompak orang atau sindiket yg menjalankan kegiatan cetak rompak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : perbuatan menerbitkan hasil ciptaan spt filem, karya penulis­an dll tanpa kebenaran (dan tanpa membayar royalti kpd pencipta atau penulis berkenaan): Masalah ~ bukan sahaja menjadi masalah penyanyi malah masalah para pengeluar album. mencetak rompak menghasilkan semula atau menerbitkan bahan rakaman atau bahan bercetak (spt pita video, perisian komputer dan buku) karya orang lain tanpa kebenaran atau secara haram, terutamanya utk tujuan memperoleh keuntungan: Beberapa kegiatan ~ telah dpt dikesan dan dibanteras oleh pihak berkuasa. pencetak rompak orang atau sindiket yg menjalankan kegiatan cetak rompak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rompak
Kata Terbitan : merompak, rompakan, perompak,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
software piracycetak rompak perisianTeknologi MaklumatPerisianAktiviti menyalin perisian secara tidak sah atau mengagihkan perisian tanpa kebenaran pencipta asal perisian tersebut. Cetak rompak perisian merupakan pencabulan hak cipta perisian. Contoh perbuatan cetak rompak perisian ialah pemasangan perisian yang menyalahgunakan lesen yang sah seperti memasang perisian lebih daripada bilangan lesen yang ditetapkan.
pirated softwareperisian cetak rompakTeknologi MaklumatTiadaPerisian bukan asal yang disalin, diedarkan atau digunakan tanpa kebenaran dan melanggar terma dan syarat lesen penggunaan. Lazimnya pembeli dibekalkan dengan nombor siri untuk memasang perisian pada satu sistem komputer sahaja. Penggunaan perisian cetak rompak adalah salah di sisi undang- undang dan boleh didakwa di mahkamah.
pirated softwareperisian cetak rompakTeknologi MaklumatTiadaPerisian bukan asal yang disalin, diedarkan atau digunakan tanpa kebenaran dan melanggar terma dan syarat lesen penggunaan. Lazimnya pembeli dibekalkan dengan nombor siri untuk memasang perisian pada satu sistem komputer sahaja. Penggunaan perisian cetak rompak adalah salah di sisi undang- undang dan boleh didakwa di mahkamah.
software piracycetak rompak perisianKomputerTiadaTiada
copyright infringementcetak rompakKomunikasiTiadaCetakan semula bahan penerbitan asal tanpa melalui saluran atau peraturan yang dibenarkan. Cetakan bahan penerbitan yang asal boleh terdiri daripada bahan-bahan seperti buku, rencana, hasil rakaman, perisian komputer dan sebagainya.
software piracycetak rompak perisianTeknologi MaklumatTiadaTiada
pirated editionedisi cetak rompakKesusasteraanTiadaEdisi sesebuah karya sastera atau buku lain yang tidak diakui, biasanya ia dicuri dari sebuah negara tertentu, kemudian diterbitkan untuk dijual di negara lain.
unauthorized editionedisi cetak rompakPerpustakaanTiadaTiada
pirated editionedisi cetak rompakPerpustakaanTiadaTiada
pirated editionedisi cetak rompakKesusasteraanTiadaTiada
12

Kembali ke atas