mile-a-minute (Mikania cordata) | selaput tunggul (Mikania cordata) | Veterinar | Tiada | Tiada |
kelumpang | kelumpang | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu Sterculia spp. daripada famili Sterculiaceae. Nama tempatannya di Sarawak ialah biris. Spesies utama kayu ini termasuk Sterculia cordata, S. kunstleri, S. macrophylla, dan S. parvifolia. Gubal kayu kelumpang dan teras kayunya sukar dibezakan dan biasanya berwarna kuning jerami atau coklat muda. Tekstur kayunya agak kasar dan tidak sekata, kerana mempunyai sel ruji yang besar dan lebar, dengan ira yang lurus dan agak bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 560 hingga 640 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras dan berat. Kayu kelumpang mudah dikerjakan tetapi kurang tahan dan mudah diserang kumbang bubuk dan anai-anai kayu kering. Kayu ini digunakan untuk kerja binaan sementara, kotak pembungkus, venir kor, papan lapis, dan kayu sampan. |
pasak | pasak | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu Aglaia spp. daripada famili Meliaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah memberas, di Sabah ialah kalambiao, kuping-kuping, langsat-langsat, dan lantupak, dan di Sarawak ialah segera. Spesies utamanya termasuk Aglaia argentea, A. cordata, dan A. griffithii. Gubal kayu pasak berwarna coklat kekuningan atau coklat merah jambu, dan dapat dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna merah muda atau merah coklat. Tekstur kayunya halus dan tidak sekata dengan ira yang bersimpul atau beralun. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 770 hingga 995 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang keras dan berat. Kayu ini agak tahan dan boleh digunakan di persekitaran laut. Kayu pasak boleh digunakan untuk lantai dinding, perabot, dan kayu alas angkut. |
weed | rumpai | Veterinar | Tiada | Rumput-rampai dan tumbuhan renek serta berdaun lebar yang tumbuh secara bebas di merata-rata tempat seperti di kebun, ladang tanaman utama, tepi-tepi jalan atau di ban tali air. Sebahagian besar tumbuhan ini digemari oleh ternakan ruminan. Terdapat juga beberapa spesies rumpai berdaun lebar yang digemari oleh ternakan seperti rumput Israel (Asystasia intrusa) dan akar ulan (Mikania cordata). Manakala, jenis rumpai yang kurang digemari pula selalunya mempunyai ciri-ciri tumbuhan yang berduri seperti semalu (Mimosa pudica) dan terung liar (Solanum spp), berdaun kasar seperti mempelas (Tetracera indica) dan senduduk (Melastoma malabathricum), daun berbulu seperti akar kala (Clidemia hirta) dan letup-letup (Passiflora foetida) ataupun jenis yang berbau seperti pokok bunga tahi ayam (Lantana camara) dan maman pasir (Cleome cilita). |
creeper | tumbuhan jalar | Pertanian | Agronomi | Tumbuhan yang menutupi kawasan dengan mengeluarkan batang yang berupaya menjalar dengan cepat. Batang yang menjalar ini dipanggil stolon dan pada setiap stolon terdapat nod yang akan mengeluarkan akar dan pucuk. Kebanyakan tanaman penutup bumi dipilih dari jenis tumbuhan jalar kerana dapat melitupi kawasan dengan cepat serta mudah memanjat sesuatu struktur tegak seperti pokok atau pagar. Tumbuhan jalar juga boleh menjadi rumpai yang berbahaya seperti pokok Mikania cordata yang cepat menguasai kawasan dan memberi saingan kepada tanaman sekiranya tidak dikawal. Sinonim tumbuhan menjalar. |