Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ciu (sj minuman keras). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cu II


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
reducing sugargula penurunHerbaFitokimiaSebatian gula yang mempunyai kumpulan aldehid atau keton yang boleh berubah kepada aldehid. Kesemua monosakarida dan beberapa disakarida seperti laktosa dan maltosa merupakan gula penurun. Sebatian ini menurunkan Cu(II) kepada Cu(I) ataupun Ag(I) kepada Ag dan sebatian gula teroksida kepada terbitan asidnya. Penurunan ini boleh dikesan dengan melihat perubahan warna yang berlaku pada Cu(II) yang berwarna biru kepada Cu(I) yang berwarna perang, atau perubahan larutan tidak berwarna Ag(I) kepada mendakan cermin perak Ag. Kehadiran gula penurun dalam air kencing manusia boleh diuji dengan kaedah ini dan digunakan sebagai salah satu cara untuk mengesan penyakit kencing manis.
oxidizerpengoksidaKimiaBiokimia1. Sebatian yang membebaskan oksigen pada suhu bilik atau apabila dipanaskan sedikit, seperti sebatian peroksida, klorat, perklorat, nitrat dan permanganat. 2. Bahan yang menerima elektron dalam suatu tindak balas pengoksidaan, seperti tindak balas pengoksidaan besi (logam neutral) oleh ion kuprum (II): Fe + Cu2+ ? Fe2+ + Cu . Ion Cu2+ menerima dua elektron daripada Fe dan terturun menjadi Cu. Dalam tindak balas ini, Cu2+ bertindak sebagai pengoksida.

Kembali ke atas