Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cu.rah] | چوره

Definisi : ; mencurah 1. mengalir dgn deras dan banyak, mencucur: hujan turun ~ dr langit; 2. ki datang dgn banyaknya: tentera Jepun kelihatan ~ masuk ke daerah Brunei; apabila harga getah naik, wang ~; mencurah-curah 1. mengalir dgn deras, banyak dan dlm tempoh yg agak lama: hujan masih turun ~ dan kilat sabung-menyabung; 2. ki datang dgn banyaknya dan tidak putus-­putus: mudah-mudahan ia beroleh rezeki yg ~; mencurahi 1. mencucuri, menyirami (me­nyimbahi, menumpahi) dgn banyaknya: hujan lebat ~ seluruh negeri; 2. ki memberi banyak-banyak, mengurniai banyak-banyak, menganugerahi banyak-banyak: Tuhan akan ~ kamu kurnia dan rahmat; mencurahkan 1. mencucurkan, menuang (menyimburkan, melimpahkan, menumpah­kan) dgn banyaknya; mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan prb kerana mengharapkan keuntungan besar tetapi tidak tentu, keuntungan kecil yg sudah pasti dilepaskan; 2. ki mengeluarkan banyak-­banyak (rahsia, pendapat, perasaan, dll): ia ~ segala perasaan dukanya kpd kakaknya; 3. ki memberikan banyak-banyak, menyumbangkan: apakah tidak ada kewajiban bagiku utk ikut serta ~ tenaga? 4. menumpukan, memusatkan (fikiran): biasanya ia sabar dan tidak pernah ~ fikirannya kpd perempuan; tercurah dicurahkan, ditumpukan, tertum­pah: bunyi piring berlaga itu diselang-selangi pula oleh bunyi deruan air ~; curahan 1. yg dicurahkan; 2. aliran (air) yg jatuh atau turun dgn deras, aliran mencurah: bilas bersih-bersih tetapi cepat-cepat di bawah ~ air yg banyak; 3. ki sesuatu yg diberikan (disumbangkan) dgn banyak dan berterusan: setiap usaha memerlukan ~ tenaga utk mencapai matlamatnya; pencurahan perihal atau perbuatan mencu­rahkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cu.rah] | چوره

Definisi : ; mencurah 1 mengalir dgn banyaknya serta deras: Hujan yg ~ turun sejak petang semalam menyebabkan beberapa kawasan rendah ditenggelami air. 2 ki datang atau terdapat dgn banyaknya: Apabila Israel mengalami kekalahan di tangan Arab, bantuan dr Amerika Syarikat ~ tiba. mencurahi 1 mencurah di atau pd dgn banyaknya; menyirami; menum­pahi: Hujan lebat ~ sawah dan ladang. 2 ki mengurniai atau memberi seseorang banyak-banyak: Moga-moga Tuhan akan ~ kamu dgn rahmat. mencurahkan 1 menuang sesuatu banyak-banyak; menumpahkan: Emak ~ air ke longkang. 2 ki mengeluarkan banyak-banyak (ttg rahsia dll); memberikan banyak-ba­nyak: Beliau telah banyak ~ tenaga dan wang ringgit utk menubuhkan syarikat itu. tercurah tertumpu; tertumpah: Segala kasih sayangnya ~ kpd anak tunggalnya. curahan apa-apa yg dicurahkan atau yg tercurah. pencurahan perbuatan (hal dsb) mencurahi atau mencurahkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata curah


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
showerhujan curahMeteorologiMeteorologi PerhubunganHujan yang selalunya sekejap tetapi lebat dan turun dari awan olakan. titisan zarah pepejal dalam hujan curah biasanya lebih besar daripada unsur-unsur yang sama dalam kerpasan jenis lain. Hujan curah dicirikan oleh permulaan dan pemberhentian yang mengejut, selalunya dengan perubahan kelebatan yang besar dan mendadak, dan yang paling sering ialah perubahan rupa langit; iaitu perubahan daripada awan hitam kumulonimbus kepada langit cerah dalam tempoh yang singkat.
pour- point depressantsbahan penurun takat curahKejuruteraanKejuruteraan MekanikBahan kimia yang ditambah ke dalam minyak pelincir atau bendalir hidraulik melalui proses tertentu. Bahan kimia ini berfungsi merendahkan lagi takat curah minyak atau bendalir berkenaan agar sistem atau mesin mampu beroperasi pada suhu yang lebih rendah.
cloudbursthujan curahGeografiTiadaTiada
cloudbursthujan curahGeologiTiadaHujan lebat dalam masa yang singkat di sebuah kawasan kecil.
flushpengosongan; merah muka; curah; pancut-cuci; rata; kumbahPerubatanTiadaTiada
flushpengosongan; merah muka; curah; pancut-cuci; rata; kumbah; rangsang giatVeterinarTiadaTiada
flushpengosongan; merah muka; curah; pancut-cuci; rata; kumbahPerubatanTiadaMerah muka: Kemerahan pada muka dan leher buat sementara disebabkan oleh kedilatan pembuluh darah di bawah kulit.
flushpengosongan; merah muka; curah; pancut-cuci; rata; kumbah; sedatarKomputerTiadaTiada
flushpengosongan; merah muka; curah; pancut-cuci; rata; kumbahKesenianTiadaTiada
cement dump bailerpenimba curah simenKejuruteraanPetroleumBekas berbentuk silinder yang digunakan untuk melepaskan atau mencurahkan sejumlah simen ke dalam lubang telaga dalam operasi penyimenan pembaikan. Bekas ini mempunyai injap pada bahagian bawahnya yang boleh dibuka bila diperlukan (sewaktu simen dicurahkan).
12

Kembali ke atas