Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.é.rah] | داءيره

Definisi : (daérah) 1. lingkungan sesuatu peme­rintahan, wilayah (sesebuah negara): Sabah dan Sarawak termasuk dlm ~ Malaysia; 2. bahagian sesebuah negeri (sekeliling sesebuah bandar) yg mempunyai sempadannya utk ke­mudahan pentadbiran: negeri Melaka ter­bahagi kpd tiga buah ~, iaitu Melaka Tengah, Jasin, dan Alor Gajah; ~ Temerloh; pegawai ~ pegawai kanan kerajaan yg meng­urus pentadbiran sesebuah daerah (dlm bidang-bidang tertentu); 3. kawasan yg mempunyai iklim (penduduk, hasil dll) yg sama: ~ hawa panas; ~ orang asli; 4. kawasan yg berada di bawah sesuatu pengaruh (kekuasaan, keadaan, dll): ~ darurat; ~ tentera; 5. ki skop, bidang: menyimpan rahsia termasuk dlm ~ amanah; ~ mata air daerah yg mendapat (bekalan) air dr mata air; ~ pedalaman daerah yg jauh dr pantai (yg terletak di ceruk pelosok atau di hulu negeri), hulu; ~ seberang laut(an) daerah jajahan; ~ sungai kawasan yg men­dapat air dr sungai; ~ takluk tanah jajahan; ~ tidak bertuan daerah yg tidak dikuasai oleh mana-mana kerajaan (pemerintahan); sedaerah 1. berasal dr (berada atau terletak di) daerah yg sama; 2. mengenai satu daerah sahaja, setempat; kedaerahan yg tertumpu pd atau mengenai sesuatu daerah (tidak meluas atau menye­lu­ruh): ia perlu menyingkirkan faham ~nya; peng­ajaran dlm ilmu kesihatan harus bersifat ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.é.rah] | داءيره

Definisi : /daérah/ 1 tempat atau kawasan di sekitar sesebuah bandar; jajahan: ~ Kuala Pilah yg besar sekali di Negeri Sembilan. 2 lingkungan sesuatu pemerintahan; wilayah: Singapura tidak termasuk dlm ~ Malaysia. 3 lingkungan tempat yg sama keadaan hawanya (penduduknya, hasilnya dll); kawasan: ~ hawa panas. kedaerahan sifat-sifat mengenai sesuatu daerah: Perasaan ~ harus diketepikan. sedaerah satu atau sama daerah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata daerah


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
panelpanelKejuruteraanTiada2. Salah satu bahagian galang kekisi.,3. Sekeping bahan yang terpasang pada kerangka.,4. Sistem pengeluaran arang batu apabila kawasan berkenaan dibahagikan kepada daerah-daerah yang berasingan.
district administrationpentadbiran daerahPentadbiranPentadbiran Awam

Pusat pemerintahan bagi sesuatu kawasan yang mempunyai sempadan tertentu di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri. Pejabat utama yang bertanggungjawab menjalankan pentadbiran di peringkat ini ialah Pejabat Daerah dan Tanah yang diketuai oleh Pegawai Daerah. Peringkat daerah merupakan peringkat bagi kebanyakan projek yang dirancangkan di peringkat Persekutuan dilaksanakan dengan bantuan Jabatan atau Agensi Persekutuan dan Negeri. Pegawai Daerah berperanan sebagai penyelaras aktiviti pembangunan di peringkat daerah merangkumi perkara-perkara berikut iaitu, (i) Mewujudkan keamanan dan ketenteraman, (ii) Memastikan pembangunan daerah dari segi ekonomi, sosial, pendidikan, kesihatan dan lain-lain serta (iii) Memastikan masyarakat di luar bandar menyertai kegiatan ekonomi moden.

district administration systemsistem pentadbiran daerahPentadbiranPentadbiran Awam

Cara atau kaedah pemerintahan bagi sesuatu kawasan khas yang terletak di bahagian-bahagian tertentu di bawah Kerajaan Negeri. Asasnya sistem pentadbiran daerah diperkenalkan oleh pihak Inggeris sejak tahun 1874 lagi bagi mentadbir negeri yang mempunyai kawasan yang luas dan jauh dari pusat pentadbiran negeri. Pentadbiran peringkat daerah mempunyai organisasi tersendiri yang diketuai oleh Pegawai Daerah. Di bawah pentadbiran satu-satu daerah terdapat beberapa buah mukim dan di bawah mukim pula terdapat beberapa buah kampung. Ketua di peringkat mukim ialah Penghulu manakala ketua di peringkat kampung ialah Ketua Kampung. Pegawai Daerah bertanggungjawab menyelaras dan mengawasi segala bentuk pelaksanaan aktiviti serta pentadbiran Penghulu dan Ketua Kampung. Sistem pentadbiran daerah diwujudkan sebagai badan penghubung antara rakyat dengan Kerajaan Negeri.

country traderspedagang persendirianSejarahTiadaPedagang yang bergerak dari satu daerah ke satu daerah yang lain dan berniaga secara kecil-kecilan.
administrative districtdaerah pentadbiranPentadbiranPentadbiran Awam

Lingkungan sesebuah kawasan pemerintahan di sesebuah negeri yang mempunyai sempadan tertentu untuk melaksanakan fungsi pentadbiran negeri. Asas penubuhan pentadbiran daerah adalah untuk melaksanakan fungsi tadbir urus bagi kawasan yang jauh dari pusat pentadbiran. Namun kini pentadbiran daerah dibentuk bagi menghasilkan pengurusan yang lebih cekap dan berkesan. Setiap daerah pentadbiran akan diketuai oleh seorang Pegawai Daerah.

area librarianpustakawan daerahPerpustakaanTiadaPustakawan yang mengawasi bahagian yang terhad lagi padat di perpustakaan daerah, dan bertanggungjawab kepada sebilangan kecil cabangannya dan bahagian perkhidmatan lain di daerah tersebut.
spaceruangMekanikGunaanDaerah geometri tempat peristiwa berlaku. Pada umumnya, ruang fizikal mungkin bersifat satu dimensi, dua dimensi ataupun tiga dimensi. Bagaimanapun, dalam penggunaan sehari-hari, istilah ruang digunakan untuk merujuk pada daerah tiga dimensi dengan istilah ‘garis’ digunakan untuk memerihalkan daerah satu dimensi dan istilah ‘satah’ digunakan untuk daerah dua dimensi. Gagasan ruang yang mempunyai n dimensi digunakan sebagai gagasan niskala untuk memerihalkan hubungan di antara n kuantiti.
burial grounddaerah perkuburanFizikAtom dan NuklearDaerah untuk menanam bahan radioaktif yang tidak dikehendaki di dalam tanah bagi menghalang pemancaran sinaran radioaktif. Bumi bertindak sebagai perisai sinaran tersebut.
Geiger Muller regiondaerah Geiger MullerFizikAtom dan NuklearDaerah voltan pengoperasian bagi tiub pembilang yang setiap peristiwa pengionan mewujudkan denyut output. Magnitudnya tidak bersandar kepada bilangan ion yang dihasilkan pada peringkat permulaan oleh peristiwa pengionan pada bahagian sensitif tiub.
administrative districtdaerah pentadbiranSains PolitikTiadaLingkungan sesuatu wilayah, kawasan atau daerah di bawah satu pusat pengurusan pemerintahan tempatan.
12345678910...

Kembali ke atas