Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Gabbang merupakan sejenis zailofon yang terdapat di seluruh Asia Tenggara dan di Afrika dalam pelbagai bentuk. Alat muzik ini terdiri daripada beberapa kepingan kayu yang ditiunkan dan diletakkan di atas kotak kayu berbentuk segi empat bujur. Kepingan kayu tersebut dipukul dengan sepasang pemukul kayu yang kadangkala berbalut. Gabbang dimainkan dalam ensembel untuk mengiringi tarian di Sabah seperti tarian daling-daling. Gabbang seakan-akan gambang yang dimainkan dalam ensembel gamelan di Semenanjung Malaysia dan Indonesia. Gabbang dikenali juga sebagai jatung utang di Sarawak. Lihat juga gambang, jatung utang.
Thanks for clicking. That felt good.