mixed Islamic fund | dana Islam bercampur | Ekonomi | Ekonomi Islam | Dana yang terdiri daripada pelbagai jenis pelaburan seperti ekuiti, sewaan, sukuk dan komuniti. Dana ini boleh dikategorikan sebagai dana boleh runding dan dana tertutup. Dalam dana boleh runding, pelaburannya mengandungi lebih 50% aset ketara sementara dana mudah tunai serta hutang kurang daripada 50%. Dana tertutup pula mengandungi kurang daripada 50% aset ketara dan dana mudah tunai serta hutang melebihi 50%. |
go-go fund | dana agogo/dana spekulatif | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Gelaran yang diberikan kepada dana amanah yang mengkhusus dalam sekuriti yang bersifat spekulatif. |
go-go fund | dana agogo/dana spekulatif | Ekonomi | Tiada | Tiada |
big boys | pelabur besar | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Pengurus portfolio yang menguruskan dana yang besar, misalnya Unit Amanah, Dana Insurans, Dana Pencen dan lain-lain. |
hedge fund | dana perlindungan | Ekonomi | Tiada | Dana yang dikumpulkan untuk pelaburan oleh rakan kongsi terhad. Dana ini pula akan diuruskan oleh rakan kongsi umum yang boleh berkongsi keuntungan yang didapati daripada pelaburan rakan kongsi terhad itu. Tidak seperti pelaburan syarikat, dana perlindungan boleh memperoleh leveraj dengan meminjam wang dari bank dan boleh melalui pembelian sekuriti untuk jangka masa pendek. |
disintermediation | penyahantaraan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Corak aliran dana iaitu pelabur mengeluarkan dana daripada perantara kewangan, seperti pinjaman dan simpanan bank, kerana kadar faedah pasaran melebihi kadar faedah maksimum yang diberikan oleh organisasi. Pelabur akan melaburkan semula dana mereka dalam aset kewangan yang memberikan kadar faedah yang tidak tertakluk kepada had tertentu. |
loanable fund | dana boleh pinjam | Ekonomi | Tiada | Dana yang ditawarkan ke pasaran wang untuk dipinjam. Dua sumber yang menyumbangkan kepada dana pinjaman, iaitu bank perdagangan, dan penabung yang terdiri daripada individu, syarikat, dan kerajaan. Individu menabung sebahagian daripada pendapatan boleh guna, syarikat menabung elaun susut nilai dan sebahagian daripada perolehan tersimpan, sementara kerajaan menabung lebih hasil cukai. Tabungan dianggap dana pinjaman hanya apabila tabungan itu ditawarkan untuk dipinjam, sama ada secara langsung kepada peminjam atau melalui pengantara kewangan seperti bank. |
endowment fund | dana tetap | Ekonomi | Tiada | Dana yang dikelola oleh sebuah lembaga untuk tujuan sosial yang ditetapkan oleh penyumbang dana dan pengurus lembaga. |
Islamic unit trust scheme | skim unit amanah Islam | Ekonomi | Ekonomi Islam | Dana pelaburan kolektif yang menawarkan kepada pelabur peluang untuk melabur dalam pelbagai portfolio sekuriti patuh syariah. Skim ini diuruskan oleh pengurus dana profesional yang berkhidmat dengan syarikat pembrokeran Islam. Bagi memastikan perlaksanaan skim ini mematuhi prinsip syariah, syarikat dikehendaki melantik jawatankuasa penasihat syariah. Keperluan melantik jawatankuasa ini terkandung dalam garis panduan Dana Unit Amanah. Contoh skim unit amanah Islam ialah dana ekuiti Islam, dana bon Islam dan dana KLSI. Sinonim unit amanah Islam. |
guaranteed fund | dana terjamin | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Dana yang ditubuhkan berikutan penguatkuasaan undang-undang dan dibiayai oleh levi daripada syarikat insurans yang beroperasi di negara berkenaan. Dana ini digunakan untuk membayar tuntutan insurans ke atas insurer yang bankrap. |