float | apung | Pentadbiran | Tiada | 1. Dana yang terikat kerana cek sudah dikeluarkan tetapi cek itu belum lagi dilunaskan. 2. Terbitan saham baharu oleh sesebuah syarikat. |
fund | 1. kumpulan asasi 2. dana | Undang-undang | Tiada | 1. Wang untuk sesuatu tujuan atau kegunaan. 2. Tabung yang diwujudkan oleh badan tertentu untuk menyatukan wang daripada pelbagai sumber untuk membayar segala keperluan kewangan badan tersebut. |
fund flow analysis | analisis alir dana | Pentadbiran | Tiada | 1. Kajian perubahan dalam modal kerja bersih melalui perubahan dalam penyata kewangan. 2. Analisis yang menunjukkan aliran dana syarikat bagi sesuatu tempoh. |
insurance fund | dana insurans | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Kumpulan wang yang mengandungi semua premium yang diterima oleh insurer, termasuk pendapatan kumpulan wang itu. |
Ig. Insurance fund | dana insurans | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Kumpulan wang yang mengandungi semua premium yang diterima oleh insurer, termasuk pendapatan kumpulan wang itu. 2. Aset yang terkandung dalam kumpulan wang itu digunakan hanya untuk memenuhi liabiliti dan perbelanjaan yang berkaitan dengan perniagaan insurans yang dimaksudkan. |
accumulation schedule | jadual pengumpulan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Suatu jadual yang menunjukan penambahan secara berkala satu item kepada item yang lain seperti bunga kepada dana pokok. 2. Jadual yang menunjukan proses mengkompaunkan sejumlah angka. |
leakage | bocoran | Ekonomi | Tiada | 1.����� Aliran keluar perbelanjaan daripada aliran pusingan pendapatan sesebuah ekonomi yang mengurangkan tingkat pendapatan negara. Misalnya, import mengurangkan perbelanjaan keluaran dalam negeri, manakala cukai dan tabungan mengurangkan perbelanjaan penggunaan. 2. Aliran keluar dana kewangan daripada sistem bank yang boleh mengurangkan perkembangan stok wang. Misalnya, apabila orang ramai lebih gemar memegang wang tunai daripada menyimpannya sebagai deposit bank. |