crescent phase | fasa sabit | Matematik | Tiada | Bentuk bulan yang kurang daripada bulatan yang dicahayai oleh matahari yang bersinar pada sebelah bulan dan jauh dari bumi, yang dapat dicerap, iaitu dari peringkat anak bulan hingga peringkat suku pertama, dan dari suku ketiga hingga bulan tua. |
crescent moon | bulan sabit | Matematik | Tiada | Bentuk bulan yang kurang daripada bulatan yang dicahayai oleh matahari yang bersinar pada sebelah bulan dan jauh dari bumi, yang dapat dicerap, iaitu dari peringkat anak bulan hingga peringkat suku pertama, dan dari suku ketiga hingga bulan tua. |
polygenetic | poligenetik | Geologi | Tiada | 1. Dihasilkan dari lebih daripada satu proses pembentukan, berasal dari lebih daripada satu punca, atau terbentuk di tempat dan pada masa yang berbeza. 2. Terdiri lebih daripada satu jenis mineral, atau mempunyai komposisi heterogen. |
abhangga | abhangga | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Kajian ikonografi dalam menentukan lurus atau sengetnya satu garis lurus yang dapat diukur dari bahagian tengah mahkota atau rambut ke bahagian dagu, dari dagu ke pusat dan dari pusat ke bahagian buku lali kaki. Biasanya, kedudukan arca ini tidak berdiri lurus sepenuhnya dan dapat dilihat sama ada bahagian badan atau pinggangnya yang bengkok sedikit, sama ada ke kanan atau ke kiri. Abhangga berasal daripada bahasa Sanskrit yang bermaksud diri tegak. |
gene | gen | Biologi | Fisiologi | Unit asas keturunan yang dibawa oleh satu kromosom atau sebahagian tertentu daripada kromosom, dari generasi ke generasi lain malaui gamet. Terdiri daripada nukkeoprotein dan dapat dilihat dengan mikroskop. Gen ini terdapat pada kromosom dan setiap kromosom biasanya terdiri daripada beribu-ribu gen dan satu gen terdiri daripada asid deoksiribonukleik (DNA), histon (protein sederhana), residu protein dan sedikit asid ribonukleik (RNA). |
combination clasp | klasp gabungan | Perubatan | Tiada | Klasp yang terdiri daripada gabungan beberapa jenis misalnya daripada jenis tuangan untuk lengan pembrasan dan dari jenis boleh lentur untuk lengan pegangan. |
beaker | bikar | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Bekas minuman yang diperbuat daripada tanah liat, agak tinggi, terdapat bahagian pinggang dan tanpa pemegang. Secara khususnya, bikar adalah sejenis tembikar yang tersebar secara meluas di Eropah dari Sepanyol ke Poland dan dari Sicily ke Scotland pada sekitar tahun 2000 SM. Bikar juga dijadikan sebagai barangan pengebumian. Terdapat tiga bentuk bikar yang paling utama, iaitu berbentuk loceng, berleher panjang dan berleher pendek. |
abyssal deposit | mendapan abis | Geologi | Tiada | 1. Mendapan laut dalam yang tertumpuk di kedalaman lebih daripada 1500 fatom dan terdiri daripada ooz organik, lumpur, dan lempung merah dari kawasan terdalam. 2. Mendapan lautan pada kedalaman lebih daripada 4000 m di dasar laut. |
geocorona | geokorona | Matematik | Tiada | Lapisan awan hidrogen dan helium yang menganjur keluar sejauh lebih daripada 50 000 km dari lapisan atmosfera bumi yang paling luar hingga ke magnetosfera, dan ini menyerakkan sinaran alfa Leyman dari matahari dan menghasilkan bara yang dapat dilihat dalam gambar foto ultralembayung bumi yang diambil dari jarak jauh. Awan ini mengganggu cerapan ultralembayung jauh dari orbit bumi. |
radiotherapy | radioterapi | Perubatan | Tiada | Penggunaan radiasi bertenaga tinggi daripada sinar-X, sinar gamma, neutron dan sumber lain untuk membunuh sel-sel barah atau mengecilkan tumor. Radiasi boleh diberikan dari luar badan menggunakan mesin dan dari dalam badan menggunakan radioisotop. |