database security | keselamatan pangkalan data | Teknologi Maklumat | Perisian | Aspek keselamatan yang meliputi sistem, proses dan prosedur bagi melindungi satu pangkalan data daripada aktiviti yang tidak diingini. Aspek ini selalunya dikuatkuasakan melalui kawalan capaian, pengauditan dan penyulitan. Kawalan capaian memastikan hanya pengguna yang berdaftar boleh mencapai dan mengubah kandungan pangkalan data tersebut. Pengauditan pula mengesan sebarang tindakan atau perubahan yang mencurigakan yang telah dilakukan oleh seseorang pada masa tertentu. Penyulitan pula merupakan mekanisme yang memelihara kerahsiaan data yang dilindungi pada pangkalan data. |
database schema | skema pangkalan data | Teknologi Maklumat | Perisian | Struktur yang dihuraikan dalam bahasa formal dan disokong oleh sistem pengurusan pangkalan data (DBMS). Dalam pangkalan data hubungan, skema ini menakrifkan jadual, medan dalam setiap jadual, dan saling hubungan antara medan dan jadual. Skema pangkalan data biasanya disimpan dalam kamus data. Walaupun skema ditakrifkan dalam teks bahasa pangkalan data, istilah ini juga digunakan untuk merujuk gambaran bergrafik struktur pangkalan data. |
patient database | pangkalan data pesakit | Perubatan | Tiada | Semua maklumat pesakit yang dikumpul dan dicatat dalam rekod kesihatan pesakit sebagai data asas pesakit untuk perancangan jagaan. |
relational database | pangkalan data hubungan | Teknologi Maklumat | Perisian | Pangkalan data yang mengumpul data dengan menggunakan atribut sepunya yang didapati dalam set data. Susunan data yang teratur dalam pangkalan data memudahkan pengguna memahami keputusan yang dihasilkan. Contohnya, set data yang mengandungi kesemua transaksi hartanah suatu bandar boleh dikumpulkan mengikut tahun transaksi berlaku, harga jualan transaksi atau berdasarkan nama pembeli. |
distributed database | pangkalan data teragih | Teknologi Maklumat | Perisian | Pangkalan data yang dikawal oleh sistem pengurusan pangkalan data pusat (DBMS) yang terdiri daripada peranti storan yang tidak dihubungkan terus kepada CPU yang sama. Pangkalan data ini diletakkan dalam beberapa komputer sama ada di lokasi yang sama atau lokasi yang jauh yang dihubungkan dalam satu rangkaian komputer. Hal ini bererti pengambilan dan pengumpulan data boleh diagihkan merentasi beberapa lokasi fizikal. Satu pangkalan data teragih diagihkan kepada beberapa bahagian. Setiap bahagian pangkalan data ini boleh disalin menjadi pangkalan data yang baharu dengan data yang sama. Reka bentuk pangkalan data teragih ini menggunakan beberapa teknologi seperti teknologi autonomi tempatan, teknologi sinkroni dan asinkroni. |
DBA (database administrator) | DBA (pentadbir pangkalan data) | Teknologi Maklumat | Tiada | Pegawai yang bertanggungjawab untuk mereka bentuk, melaksanakan, menyenggara, mengurus, menilai, memilih dan mengawal sistem pengurusan pangkalan data. |
DBD (database description) | DBD (perihalan pangkalan data) | Teknologi Maklumat | Tiada | Penakrifan data setiap pangkalan data fizikal yang ditulis dalam bahasa DL/1 bagi pangkalan data sistem maklumat. |
DBM (database manager) | DBM (pengurus pangkalan data) | Teknologi Maklumat | Tiada | Atur cara yang membolehkan pengguna memasukkan, menyusun, mengisih, dan mendapatkan semula rekod dalam pangkalan data. |
DBMS (database management system) | DBMS (sistem pengurusan pangkalan data) | Teknologi Maklumat | Tiada | Perisian aplikasi yang mengurus, menyediakan storan , mengelola, mendapat semula, memastikan keutuhan sekuriti, dan memudahkan pembinaan jadual dan pelaporan data dalam pangkalan data. |
DBTG (database task group) | DBTG (kumpulan kerja pangkalan data) | Teknologi Maklumat | Tiada | 1. Jawatankuasa kecil CODASYL yang membangunkan model data rangkaian. 2. Data model rangkaian yang memodelkan sekumpulan data sebagai rekod dan perhubungan antara rekod sebagai set. |