productivity ratio | nisbah daya pengeluaran | Kejuruteraan | Petroleum | Nisbah di antara indeks daya pengeluaran telaga selepas operasi peretakan dengan indeks daya pengeluaran telaga berkenaan sebelum operasi peretakan dilaksanakan dan diberi simbol (P). Dalam matematik, nisbah daya pengeluaran ialah: PR = (PI) af/ (PI) bf iaitu: PR = nisbah daya pengeluaran (PI) af = indeks daya pengeluaran selepas peretakan (PI) bf = indeks daya pengeluaran sebelum peretakan Rujuk : indeks daya pengeluaran; daya pengeluaran; peretakan |
productivity ratio | nisbah daya pengeluaran | Kejuruteraan | Tiada | Nisbah antara indeks daya pengeluaran telaga selepas operasi perangsangan dengan indeks daya pengeluaran telaga yang sama sebelum operasi perangsangan dilakukan. |
diminishing marginal productivity | daya pengeluaran sut berkurangan | Ekonomi | Tiada | Daya pengeluaran sut yang makin berkurangan apabila bilangan input berubah terus ditambah kepada satu input tetap. Lihat juga daya pengeluaran sut dan hukum pulangan berkurangan. |
productivity | daya pengeluaran | Ekonomi | Tiada | Output maksimum yang boleh dikeluarkan dengan mengubah kuantiti sesuatu input pada suatu tingkat teknologi dengan kuantiti input lain dianggap tetap. Daya pengeluaran diukur dalam nilai ringgit. Ini berbeza dengan daya pengeluaran fizikal yang diukur dalam unit keluaran. |
physical productivity | daya pengeluaran fizikal | Ekonomi | Tiada | Lihat daya pengeluaran. |
specific productivity index | indeks daya pengeluaran tentu | Kejuruteraan | Tiada | Indeks daya pengeluaran bagi setiap kaki tebal zon berpengeluaran. |
marginal productivity doctrine | doktrin daya pengeluaran sut | Ekonomi | Tiada | Lihat teori daya pengeluaran sut. |
marginal productivity | daya pengeluaran sut | Ekonomi | Tiada | Tambahan unit atau nilai output yang boleh dikeluarkan dengan menambah penggunaan satu unit faktor pengeluaran, ceteris paribus. Misalnya, sebuah kilang dengan 7 orang buruh boleh mengeluarkan 100 unit payung. Dengan 8 orang buruh, pengeluaran menjadi 110 unit. Daya pengeluaran sut buruh ke 8 ialah 10 unit. Lihat juga keluaran sut. |
income policy | dasar pendapatan | Ekonomi | Tiada | Dasar kerajaan untuk mengawal keadaan ekonomi, terutama inflasi melalui kawalan langsung ke atas harga dan mengadakan garis panduan kenaikan upah mengikut kadar daya pengeluaran pekerja. Ini bererti, kenaikan upah pekerja dibenarkan apabila daya pengeluaran pekerja bertambah. Dengan cara ini, masalah inflasi tolakan kos dapat dibendung. |
stimulation | perangsangan | Kejuruteraan | Petroleum | Sebarang proses yang dilakukan bagi meningkatkan ketertelapan zon pengeluaran pada bahagian yang berdekatan dengan lubang telaga sehingga daya pengeluaran telaga yang bersangkutan meningkat. Biasanya dilakukan ke atas telaga yang telah mengalami kerosakan formasi atau yang mengalami penurunan daya pengeluaran di sepanjang sejarah pengeluarannya. Contoh proses perangsangan ialah pengasidan dan peretakan. Rujuk : pengasidan; peretakan hidraulik. |