degree of disability | had kehilangan daya upaya | Pentadbiran | Tiada | Tiada |
optimum utilization of resources conception | konsepsi penggunaan optimum daya upaya | Undang-undang | Tiada | Tiada |
potentiometry | permeteran upaya | Kejuruteraan | Tiada | Penggunaan meter upaya untuk mengukur daya-daya gerak elektrik, dan penggunaan ukuran-ukuran yang berkenaan. |
neutral equilibrium | keseimbangan neutral | Mekanik | Gunaan | Keseimbangan jasad yang berpadanan dengan keadaan tenaga upaya malar. Sesaran kecil yang dikenakan pada jasad yang berada dalam keseimbangan neutral tidak akan mengubah tenaga upayanya. Jasad itu akan terus kekal pada kedudukan teranjak dan tidak cenderung untuk kembali ke kedudukan asal mahupun untuk terus menyesar. Keadaan keseimbangan neutral wujud apabila terbitan daya upaya V terhadap sesaran x adalah sifar untuk semua darjah terbitan, iaitu dV/dx =0 dan dnV/dxn =0 untuk semua nilai n. Lihat juga keseimbangan stabil, keseimbangan tak stabil. |
potential energy function | rangkap tenaga upaya | Mekanik | Gunaan | Ungkapan bagi tenaga upaya jasad. Pada umumnya, jasad yang ditindak oleh daya graviti dan daya anjal mempunyai rangkap tenaga upaya V yang diberikan oleh sebutan V = Vg + Va dengan Vg sebagai sebutan tenaga upaya graviti dan Va ialah sebutan tenaga upaya anjal. Lihat juga tenaga upaya anjal, tenaga upaya graviti. |
gravitational potential energy | tenaga upaya graviti | Mekanik | Gunaan | Tenaga upaya yang disebabkan oleh daya graviti yang bertindak pada jasad (iaitu berat jasad tersebut). Tenaga upaya graviti memerlukan suatu datum satah mengufuk untuk mengukurnya. Nilai tenaga upaya graviti Vg diberikan oleh ungkapan, Vg = WyG dengan W ialah berat jasad berkenaan dan yG ialah kedudukan tegak pusat gravitinya apabila diukur dari satah datum. Jarak yG diambil sebagai positif jika ukuran dibuat menghala ke sebelah atas satah itu, dan negatif jika sebaliknya. Tenaga upaya graviti adalah positif jika jasad berada di sebelah atas datum dan negatif jika berada di sebelah bawah datum. |
permanent partial disability benefit | faedah hilang upaya separa kekal | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Faedah yang memberi ganti rugi dengan bayaran berkala untuk hilang upaya yang mengurangkan daya memperoleh pendapatan saraan tetapi tidak melibatkan hilang upaya penuh untuk bekerja. |
volt | volt | Teknik | Elektrik | Unit beza upaya atau daya gerakan elektrik dalam sistem meter-kilogram-saat. Satu volt adalah bersamaan dengan kuasa untuk menghasilkan arus satu ampere melalui rintangan satu ohm. Simbol V. |
potential | upaya | Teknik | Elektrik | Tegangan, voltan atau daya gerak elektrik yang menolak arus mengalir dalam litar. Unit upaya ialah volt. |
wall drag | seret dinding | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Daya seret yang disebabkan oleh tegasan ricih dinding atau daya geseran dinding per unit luas permukaan dinding. Bagi aliran upaya (pada keadaan kelikatan dan vortisiti sifar), tegasan ricih dinding adalah sifar. Dengan itu, seret dinding tidak wujud dalam aliran upaya. |