festschrift | terbitan dedikasi | Kesusasteraan | Tiada | Kumpulan esei atau makalah hasil sumbangan sejumlah penulis. Kumpulan esei ini ditulis sebagai tanda penghormatan kepada seorang guru, kawan, sejarawan, teman sekerja dan sebagainya. Terbitan dedikasi diterbitkan untuk meraikan peristiwa penting seperti persaraan atau hari jadi untuk seseorang tokoh atau individu, sama ada individu tersebut masih hidup atau sudah meninggal dunia. Terbitan dedikasi mula diperkenalkan di universiti di Jerman pada kurun ke-19. Terbitan dedikasi yang pertama telah dihadiahkan kepada sarjana klasik terkemuka Friedrich Ritschl pada tahun 1867. Walau bagaimanapun, kumpulan esei yang diselenggarakan untuk ahli sejarawan tersohor Theodor Mommsen berjudul Commentationes Philologicae (1877) lebih terkenal. Contoh terbitan dedikasi dalam sastera Melayu ialah Sekalung Kenangan diselenggarakan oleh Nik Safiah Karim untuk Ismail Hussein, dan Sumbangsih Tizkari buat Masuri S.N. suntingan Muhammad Bukhari Lubis dan Mohamaed Pitchay Gani Mohamed Abdul Aziz untuk Allahyarham Masuri S.N. Contoh |
festschrift | terbitan dedikasi | Perpustakaan | Tiada | Tiada |
dedicated portfolio | portfolio dedikasi | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Portfolio bon yang memberikan pemiliknya aliran tunai masuk yang bersamaan dengan suatu aliran tunai keluar tertentu. |
dedicated portfolio | portfolio dedikasi | Pentadbiran | Tiada | Portfolio bon yang menyediakan aliran tunai bagi memenuhi tuntutan pencen pada kos yang minumum. |
dedicated portfolio | portfolio dedikasi | Ekonomi | Tiada | Tiada |
sense of dedication | rasa dedikasi | Pendidikan | Tiada | Tiada |
sumbangsih tizkari | sumbangsih tizkari | Kesusasteraan | Tiada | Lihat terbitan dedikasi. |
accountability deficit | defisit kebertanggungjawaban | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Kelemahan atau kekurangan dalam menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan kepada individu atau organisasi pada tahap yang sepatutnya. Individu yang diberikan tanggungjawab, menjalankan tugas secara sambil lewa, lalai, leka dan tidak serius seperti melepaskan batuk di tangga. Defisit ini boleh berlaku kerana kelemahan individu seperti etika kerja yang lemah, tamak, ego, kurangnya pendidikan dan penghayatan nilai-nilai murni, tidak bersikap professional, kurang dedikasi, tidak nampak kelemahan sendiri dan akibat tekanan hidup yang tinggi. Defisit kebertanggungjawaban akan menjejaskan pengurusan dan pencapaian misi serta objektif organisasi, menggugat kepercayaan orang awam serta melemahkan semangat kerja berpasukan. |
accountable public manager | pengurus awam bertanggungjawab | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Penjawat kerajaan yang mempunyai kuasa dalam sesebuah organisasi bagi menguruskan sesuatu hal ehwal yang berkaitan dengan kepentingan umum. Pengurus awam bertanggungjawab memegang autoriti tertentu dalam membuat keputusan dan mengendalikan bidang kuasa berdasarkan kepada peraturan dan undang-undang yang berkaitan dengan sistem pengurusan organisasi. Untuk menjadi seorang pengurus awam yang bertanggungjawab, seseorang individu itu perlu dedikasi, kreatif, telus dan mempunyai etika kerja yang cemerlang. Contohnya, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat merupakan pengurus awam yang bertanggungjawab dalam menentukan bentuk bantuan atau sumbangan yang boleh disalurkan kepada orang ramai. |