drug fever | demam ubat | Perubatan | Tiada | Demam yang terjadi akibat pengambilan ubat tertentu. Demam ubat boleh dibezakan dengan demam yang lain apabila terdapat kaitan antara demam dengan pemberian ubat. Demam tersebut akan reda apabila pengambilan ubat berkenaan dihentikan. Contoh ubat yang boleh menyebabkan demam ialah antibiotik dan Prostaglandin. |
togavirus | togavirus | Perubatan | Tiada | Segolongan virus RNA yang mengakibatkan penyakit seperti ensefalitis, demam denggi, demam denggi berdarah dan demam kuning. |
blackwater fever | demam air hitam | Biologi | Mikrobiologi | Demam akut yang disebabkan oleh Plasmodium falciparum. Organisma ini memusnahkan sel darah merah. Antara gejala demam ini ialah demam panas berselang-seli dengan demam sejuk, badan menjadi lemah, hemolisis intravaskul, hemoglobiuria, dan takikardia. Penyakit ini boleh membawa maut jika tidak dikawal. |
kedani fever | demam kedani | Biologi | Mikrobiologi | Demam yang disebabkan oleh Ricketssia tsutsugamushi. Gejala demam ini ialah sakit kepala, demam panas, dan ruam badan mukolopapul. Demam ini dikenali juga sebagai penyakit tsutsugamushi, tifus kutu di Sumatera, dan tifus kampung di Malaysia. |
jawa demam | jawa demam | Keris | Tiada | Hulu yang berbentuk seperti lembaga manusia yang sedang tunduk dan berpeluk tubuh seolah-olah orang demam. |
yellow fever | demam kunig | Biologi | Mikrobiologi | Demam akut dan berjangkit yang disebabkan oleh virus bawaan artropod seperti Aedes aegypti pada manusia. Bahagian utama yang diserang ialah sistem hematopoitik. Gejala demam ini termasuklah demam panas nefritis akut, jaundis dan pendarahan bawah kulit. |
Keris Jawa Demam | Keris Jawa Demam | Keris | Tiada | Keris yang mempunyai hulu yang menyerupai badan lembaga yang sedang tunduk dan berpeluk tubuh seakan-akan sedang demam. |
gelung demam(Ib.) | gelung demam(lb.) | Kesenian | Tiada | Gelung yang berbentuk pucuk daun resam. gelung resam. |
typhoid fever | demam tifoid | Perubatan | Tiada | Penyakit berjangkit yang disebabkan Salmonella typhi. Penyakit ini bercirikan demam, cirit-birit, sakit kepala, ruam, bradikardia relatif dan splenomegali. Demam tifoid juga dikenali sebagai demam kepialu. |
boutonneuse fever | demam butoneus | Biologi | Mikrobiologi | Demam panas yang tinggi yang disebabkan oleh Rickettsia conorii yang disebarkan melalui gigitan kutu anjing atau tikus. Gejala utama penyakit ini ialah radang berbentuk butang di kawasan tergigit, ruam, ulser primer, dan bengkak nodus limfa. Demam ini dikenali juga sebagai demam Marselle, tifus kutu Kenya, demam gigitan kutu Afrika Selatan, dan tifus kutu India. |