securities deposit | deposit sekuriti; deposit jaminan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
savings deposit | deposit simpanan; deposit tabungan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
fixed deposit | deposit tetap | Ekonomi | Tiada | Deposit dalam institusi kewangan tertentu seperti bank perdagangan dan bank tabungan yang mempunyai tempoh simpanan tertentu seperti sebulan, tiga bulan, enam bulan, sembilan bulan, dua belas bulan, atau lebih daripada setahun. Deposit minimum yang diperlukan oleh institusi kewangan di Malaysia ialah RM500. Kalau faedah simpanan berbeza mengikut tempoh matang. Jika simpanan hendak dikeluarkan sebelum tempoh matang, faedah simpanan mungkin tidak didapati atau dikira mengikut jangka yang lebih pendek yang memenuhi syarat. Sinonim deposit bermasa. |
special deposit | deposit khas | Ekonomi | Tiada | Tunai yang mesti disimpan di bank pusat kewangan sesebuah negara. Autoriti kewangan memerlukan deposit khas untuk mengurangkan pinjaman bank kepada pelanggan dengan cara mengurangkan kadar kecairan. Penggunaan deposit khas ini didapati sangat berkesan dalam mempengaruhi keupayaan bank meminjamkan wang kepada pelanggan kerana ia mempengaruhi nisbah tunai secara langsung. Deposit khas ini akan menerima faedah simpanan mengikut kadar faedah bagi bil perbendaharaan semasa. |
Eurodollar certificate of deposit | sijil deposit dolar Eropah/sijil deposit dolar Euro | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Sijil deposit yang dinyatakan dalam dolar Amerika dan dikeluarkan oleh bank di luar Amerika dengan faedah dan pokok dibayar dalam mata wang dolar Euro. |
deposit | deposit; mendapan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Deposit: Wang pendahuluan yang dibayar untuk mendapat sesuatu perkhidmatan pos. |
mudarabah deposit | deposit mudarabah | Ekonomi | Ekonomi Islam | Deposit yang disimpan di institusi kewangan Islam berasaskan akad mudarabah. Contohnya, wang yang didepositkan ke dalam akaun pelaburan am mudarabah atau akaun pelaburan khas mudarabah di institusi kewangan Islam. |
murabahah deposit | deposit murabahah | Ekonomi | Ekonomi Islam | Deposit yang disimpan di institusi kewangan Islam berasaskan akad murabahah. Pendeposit akan mewakilkan institusi kewangan Islam membeli komoditi yang diluluskan oleh syarak dan menjualnya kepada pihak ketiga. Keuntungan hasil jualan ini akan diserahkan kepada pendeposit, manakala pendeposit akan membayar upah kepada institusi berkenaan. |
time deposit | deposit bermasa | Ekonomi | Tiada | Lihat deposit tetap. |
Eurodollar certificate of deposit | sijil deposit dolar Eropah/sijil deposit dolar Euro | Ekonomi | Tiada | Tiada |