Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dés.po.tis.me] | ديسڤوتيسمى

Definisi : (déspotisme) pemerintahan se­orang despot, pemerintahan kuku besi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata despotisme


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
despotismdespotismeBiologiEkologiSejenis keagresifan sosial dalam hierarki haiwan, seperti yang berlaku pada ayam. Katakan ada 12 ekor ayam. Ada seekor yang paling berjaya dan menjadi raja kepada yang lain. Selepas raja ini, ada seekor ayam lagi yang kurang agresif daripada raja tadi, tetapi lebih berjaya daripada yang 10 lagi. Keadaan ini akan berterusan sehingga ayam yang kedua belas yang tidak dapat mematuk sesiapa pun, tetapi akan dipatuk oleh semua ayam lain.
oriental despotismkuku besi ketimuranSains PolitikPolitik PerbandinganSistem yang menggambarkan pemerintahan kuku besi yang sangat terkawal apabila kuasa dalam pemerintahan ini tertumpu kepada sebilangan kecil pemerintah yang mendominasi segala aktiviti sosial, ekonomi dan politik. Pemerintahan juga tidak berlandaskan undang-undang sebaliknya menggunakan kuasa tentera untuk menghapuskan sebarang gerakan menentang kerajaan. Dalam sistem ini, kebebasan dan keadilan tidak mendapat tempat. Dari segi sejarah, konsep despotisme mula diperkenal oleh Monstesquieu yang cuba menggambarkan bagaimana perkembangan dan perubahan cuaca dan iklim sangat mempengaruhi budaya dan kehidupan masyarakat Asia. Konsep ini kemudiannya dikembangkan oleh Marx yang menjelaskan sifat Asiatic Mode of Production atau bentuk pengeluaran masyarakat timur yang dicirikan sebagai ringkas, tradisional, sara diri dan enggan menerima inovasi. Wittfogel seterusnya mengembangkan konsep ini dalam karyanya Oriental Despotism yang menghuraikan sifat masyarakat hidraulik atau keperluan penggunaan sistem terusan air yang

Kembali ke atas