Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dia.frag.ma] | ديافرݢما

Definisi : 1. tisu yg terdiri drpd otot dan ten­don yg memisahkan rongga toraks drpd rongga abdomen pd mamalia; 2. alat yg me­ngehadkan bukaan lensa atau sistem optik; 3. cakera atau kon yg bergetar pd alat spt tele­fon, mikrofon, dll; 4. alat pencegah ke­hamilan pd wanita. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dia.frag.ma] | ديافرݢما

Definisi : ist 1 dinding drpd otot yg mengasingkan toraks drpd abdomen. 2 susunan (kepingan) plat tipis yg mengawal kemasukan cahaya spt dlm kamera: Sebagaimana mata hitam mengawal banyaknya cahaya masuk ke dlm mata, maka demikianlah ~ menjalankan kerja yg serupa dlm kamera. 3 ceper atau kon yg bergetar dan menghasilkan gelombang bunyi dlm sesuatu alat spt mikrofon. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diafragma


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dual-diaphragm advancelajakan diafragma duaanKejuruteraan AutomotifEnjinMekanisme lajakan vakum dalam pengagih diafragma duaan yang melibatkan dua diafragma. Diafragma pertama digunakan untuk mengawal pencucuhan normal, manakala diafragma kedua digunakan untuk merencatkan bunga api semasa enjin melahu atau dalam keadaan pendikit separuh.
diaphragma sellaediafragma selaePerubatanTiadaDiafragma pada sela tursika.
convex diaphragmdiafragma cembungBuluhTiadaDiafragma buku berbentuk cembung, yang mengandungi saling sambungan antara vesel dan tiub tapis.
concave diaphragmdiafragma cengkungBuluhTiadaDiafragma buku berbentuk cengkung, yang mengandungi saling sambungan antara vesel dan tiub tapis.
diaphragm cellsel diafragmaKimiaTiadaSel elektrolisis yang menggunakan diafragma berliang untuk memisahkan elektrod.
amplitude of diaphragmamplitud diafragmaFizikAkustikAmplitud selaput diafragma bagi suatu mikrofon yang bergetar.
diaphragm pumppam diafragmaKejuruteraanTiadaPam salingan yang bertindak dengan menggunakan diafragma bagi mengepam cecair dengan kandungan ampaian pepejal yang tinggi pada turus yang rendah.
diaphragm valveinjap diafragmaFizikTiadaInjap bendalir yang bahagian buka tutupnya merupakan diafragma boleh lentur. Alat ini digunakan untuk melalukan cecair yang mengandungi ampaian pepejal.
diaphragm pumppam diafragmaKejuruteraanKejuruteraan KimiaPam salingan yang bertindak dengan menggunakan diafragma bagi mengepam cecair dengan kandungan ampaian pepejal yang tinggi pada turus yang rendah.
diaphragm valveinjap diafragmaKimiaKimia AnalisisInjap bendalir yang bahagian buka tutupnya merupakan diafragma boleh lentur. Alat ini digunakan untuk melalukan cecair mengandungi ampaian pepejal.
12345678910...

Kembali ke atas