authorized insurer | insurer dibenarkan/penanggung insurans dibenarkan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Syarikat insurans yang dibenarkan oleh kerajaan untuk menjalankan perniagaan menjual jenis insurans yang tertentu. |
authorized insurer | insurer dibenarkan/penanggung insurans dibenarkan | Ekonomi | Tiada | Tiada |
kosher food | makanan kosyer | Makanan dan Pemakanan | Makanan | Makanan yang dibenarkan mengikut peraturan diet Yahudi (kashrut) berdasarkan undang-undang Yahudi (halakha). Peraturan ini merangkumi jenis makanan yang dibenarkan, cara penyembelihan, atau penyediaan makanan serta gabungan makanan yang dibenarkan. |
allowable expenses | belanja dibenarkan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Belanja yang dibenarkan mengikut peruntukan akta percukaian. |
permitted expenses | belanja dibenarkan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Perbelanjaan yang dibenarkan mengikut formula tertentu dalam akta cukai pendapatan. |
allowable | dibenarkan | Kejuruteraan | Petroleum | Isi padu minyak dan/atau gas yang dibenarkan untuk dikeluarkan dari telaga dalam jangka masa tertentu. Penentuan isi padu ini dilakukan melalui perjanjian antara pengusaha petroleum dengan kerajaan dan biasanya di peringkat awal proses pembangunan telaga. Kadang kala perjanjian itu ditinjau dari masa ke masa untuk memelihara kepentingan kedua-dua belah pihak yang terlibat. Di negara-negara yang mengamalkan sistem prorata, isi padu tersebut ditentukan setiap bulan oleh sebuah agen yang dilantik bagi mengawasi keabadian tenaga di negara berkenaan. Faktor penting yang diambil kira bagi menentukan isi padu tersebut adalah keupayaan telaga yang terlibat. |
permitted fraction | pecahan dibenarkan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Sesuatu pecahan yang dibenarkan untuk pengiraan elaun tahunan bangunan industri. |
maximum permissible concentration | kepekatan maksimum dibenarkan | Kejuruteraan | Tiada | Kepekatan maksimum yang dibenarkan untuk bahan radioaktif tertentu dalam medium tertentu dan, biasanya disebut MPC. |
authorized capital | modal dibenarkan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Nilai modal pelaburan sesebuah syarikat mengikut had yang dibenarkan oleh pihak berkuasa atau pendaftar syarikat. |
maximum permissible level | aras maksimum dibenarkan | Kejuruteraan | Tiada | Had maksimum dos, kepekatan, kadar atau fluks yang dibenarkan. |