proclamation | proklamasi; pengisytiharan | Sejarah | Tiada | Pengisytiharan atau pengumuman yang diberitahu kepada umum atau anjuran tentang sesuatu hal. |
open label | label terbuka | Perubatan | Tiada | Kaedah kajian klinikal yang pengkaji dan subjek kajian diberitahu jenis ubat yang digunakan. Kaedah ini menimbulkan bias kepada pengkaji dan subjek. |
unclaimed items | barang tak dituntut | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Benda pos yang tidak dituntut oleh penerima walaupun telah diberitahu supaya dituntut. |
single-blind | buta tunggal | Perubatan | Tiada | Kaedah kajian klinikal yang subjeknya menerima ubat yang hendak diuji tetapi tidak diberitahu jenis ubat tersebut. Walau bagaimanapun, pengkaji yang terlibat mengetahui jenis ubat yang digunakan. Kaedah ini mengurangkan bias pada subjek kajian. |
reminder therapy | terapi peringatan | Pergigian | Tiada | Kaedah rawatan dan pembelajaran secara mengulang kembali sesuatu yang telah diajar atau diberitahu pada sesi rawatan sebelumnya. Terapi ini untuk mengingatkan kembali pesakit terutama pesakit istimewa tentang kepentingan penjagaan kesihatan dan rawatan yang telah atau akan diberikan. |
reminder of pawn expiry | peringatan tamat tempoh gadaian | Ekonomi | Ekonomi Islam | Pemberitahuan yang dihantar oleh pegadai kepada penggadai sebagai makluman bahawa tarikh tamat tempoh gadaian telah hampir. Peringatan ini diberitahu kepada penggadai secara berperingkat mengikut taraf dan jenis peringatan tersebut. Contohnya, Bank Rakyat mengeluarkan tiga jenis peringatan, iaitu peringatan pertama dikeluarkan pada 14 hari sebelum tamat tempoh gadaian, peringatan kedua, satu hari selepas tamat tempoh gadaian dan peringatan terakhir, 14 hari selepas tamat tempoh peringatan kedua. Sekiranya barang gadaian tidak ditebus dengan segera selepas peringatan terakhir barang gadaian akan dilelong. |
schizophrenia | skizofrenia | Psikologi | Psikologi Umum | Satu bentuk psikopatologi yang menyebabkan keutuhan personaliti, emosi dan kognitif individu tergugat dengan teruk. Istilah yang sering dikaitkan dengan kecelaruan ini ialah psikosis, gila atau tidak waras. Tanda-tanda kebiasaan yang terdapat kepada pesakit ini ialah delusi, halusinasi, apati, pemikiran abnormal dan perceraian antara emosi dengan pemikiran. Emosi pesakit ini biasanya bercelaru. Contohnya, apabila diberitahu ibunya meninggal dunia, individu skizofrenia hanya akan ketawa berdekah-dekah atau tidak menunjukkan apa-apa perasaan. Pesakit ini juga boleh menarik diri daripada orang ramai, hilang minat terhadap aktiviti luaran dan gagal mengawal tabiat atau aktiviti harian. Sekurang-kurang terdapat empat jenis skizofrenia, iaitu tidak terurus, katatonik, paranoid dan tanpa pembezaan. |