Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dicam


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
predefined processproses pratakrifTeknologi MaklumatTiadaProses yang hanya dicam oleh nama tetapi ditakrifkan di tempat lain.
carrier signalisyarat pembawaTeknologi MaklumatTiadaIsyarat berayun yang membawa data yang boleh dicam oleh kelengkapan telekomunikasi.
histocompatibility genegen kehistoserasianBiologiGenetikGen yang terlibat dalam penghasilan antigen permukaan sel yang dicam oleh mekanisme penolakan atau penerimaan tisu pemindahan.
cyclonesiklonSainsHidrometeorologiKeadaan taburan tekanan yang padanya terdapat tekanan pusat rendah berbanding dengan persekitarannya. Siklon dapat dicam pada carta sinoptik sebagai satu sistem isobar tertutup yang umumnya hampir menyerupai bentuk bulat atau bujur yang mengelilingi satu pusat tekanan rendah. Peredaran siklon adalah mengiri sekeliling pusat di hemisfera utara, dan menganan di hemisfera selatan. Siklon di latitud sederhana dan tinggi disebut lekukan. Siklon tropika sederhana dikenali sebagai ribut tropika; tetapi untuk yang lebih kencang, siklon tropika ini dikenali sebagai siklon di Lautan Hindi, Laut Arab atau Teluk Bengal, taufan di Pasifik Barat, willy-willy di Australia Barat dan hurikan di kawasan latitud tropika lain.
cyclonesiklonMeteorologiMeteorologi Perhubungan1. Keadaan taburan tekanan yang padanya terdapat tekanan pusat rendah berbanding dengan persekitarannya. Siklon dapat dicam pada carta sinoptik sebagai satu sistem isobar tertutup yang umumnya hampir menyerupai bentuk bulat atau bujur yang mengelilingi satu pusat tekanan rendah. Peredaran siklon adalah mengiri sekeliling pusat di hemisfera utara, dan menganan di hemisfera selatan. Siklon di latitud sederhana dan tinggi disebut lekukan. Siklon di kawasan tropika disebut siklon tropika. 2. Lihat siklon tropika.
old snowsalji lamaSainsHidrometeorologiSalji termendap yang penukarannya kepada firm sudah begitu maju sehinggakan bentuk asal hablur aisnya tidak dapat dicam lagi.
temperature scaleskala suhuFizikHabaJujukan nombor yang mewakili nilai suhu. Jujukan nombor tersebut dibina dengan memilih dua titik tetap yang dicam daripada sifat tertentu bahan, dan di antara dua titik ini dibuat pembahagian kecil berdasarkan asas tertentu. Contohnya, untuk skala suhu Celsius, sebanyak 99 pembahagian dibuat di antara titik ais dan titik didih air tulen.
cyclone wavegelombang siklonSainsHidrometeorologiGangguan yang mempunyai kepanjangan gelombang 1000 - 2500 km (skala siklon) di lapisan bawah troposfera. Gangguan ini dapat dicam pada carta sinoptik sebagai sistem tekanan tinggi dan rendah yang berpindah-pindah. Gelombang ini dapat dikaitkan dengan usikan tak stabil.
formatformatPendidikanTiadaPersediaan elektronik ke atas disket dengan membuat pengekodan di atas permukaan magnetiknya serta menggunakan suatu struktur yang mempunyai lokasi yang boleh dicam dan dicapai oleh sesuatu atur cara komputer.
matched guise techniqueteknik samaran terbandingSosiolinguistikTiadaTeknik menyamar oleh penutur yang boleh bertutur sekurang-kurangnya dalam dua bahasa atau dialek dengan suara yang berbeza dan tidak dapat dicam oleh pendengar.
12

Kembali ke atas