Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dicap


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tiedterikatPentadbiran PerniagaanTiadaKeadaan setem dan sampul asal yang dicap pos bersama yang teraannya mengena pada setem dan sampul untuk tujuan pengesahan penggunaan benda pos asal.
stensil-lilinstensil-lilinKesenianSeni BatikProses membatik dengan menggunakan stensil dan sarang, diikuti dengan proses mati warna, sebelum dibasuh dan dijemur. Mula-mula kain dicap dengan stensil, bilangannya bergantung pada corak dan warna, kemudian dimatiwarnakannya dengan mengukusnya di dalam kukus. Sesudah dikeringkan, proses membatik akan diteruskan dengan proses pukul lilin, yang dimulai dengan memukul tutup bunga pada bunga corak yang sudah dicap dengan stensil. Sesudah itu, jika diperlukan, dipukul rintik, diikuti dengan celup warna (biasanya warna coklat), mati warna, kincah, rebus dan akhirnya dijemur. Kain yang dihasilkan disebut sebagai batik stensil-lilin. blok-stensil.
used on pieceterikatPentadbiran PerniagaanTiadaKeadaan setem dan sampel asal yang dicap pos bersama yang teraannya mengenap pada setem dan sampul untuk tujuan pengesahan penggunaan benda pos asal.
first day coversampul hari pertamaPentadbiran PerniagaanTiadaSampul surat bersetem yang dicap tarikh bagi memperingati keluaran hari pertama sesuatu peristiwa.
pin dotbintikKesenianTiadaCorak titik-titik kecil sama ada ditenun atau dicap pada permukaan fabrik.
stensil-siapstensil-siapKesenianSeni BatikProses membatik dengan menggunakan blok stensil. Mula-mula kain yang dibentangkan pada meja stensil, dicap dengan blok stensil beberapa kali bergantung pada corak dan warna yang diperlukan, biasanya empat warna, kemudian dimatiwarnakan dengan mengukusnya, dan dikincah dan akhirnya dijemur. Kain yang diperoleh disebut sebagai batik stensil-siap.
expiry datetarikh luputMakanan dan PemakananTeknologi MakananTarikh akhir sesuatu makanan dapat mengekalkan ciri-ciri kualiti dan keselamatannya. Tarikh ini biasanya dicap atau dicetak timbul pada bungkusan atau label dengan menggunakan perkataan �akhir�, �guna sebelum�, �baik sebelum�, �atau makan sebelum�.
meja stensilmeja stensilKesenianSeni BatikMeja membatik yang besarnya kira-kira 8 kaki x 5 kaki yang digunakan sebagai alas kain yang hendak dicap dengan blok stensil.
cameo stampcap kameoPerpustakaanTiadaAlat yang pernah digunakan untuk cetakan tanpa warna pada abad ke-11 hingga ke-16 yang berbentuk bujur, berukir dan berpahat dengan hiasan reka bentuk bergambar yang dicap atau dicetak pada bahagian tepi buku yang akan menghasilkan hiasan berukir.
sarang kayusarang kayuKesenianSeni BatikSarang diperbuat daripada kayu lembut dan berukir corak, sebagai mata, untuk mengecapkan batik asli Melayu. Batik asli Melayu tidak menggunakan lilin sebagai bahan penahan warna kerana kain akan dicap terus dengan sarang ini. Kini membatik cara ini tidak diamalkan lagi, tetapi kaedah inilah yang dimodenkan untuk mengecap kain batik ela dengan mesin.

Kembali ke atas