Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata digubal


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
policydasarPengurusanPerancanganKetetapan atau peraturan yang digubal oleh pihak pengurusan atasan sebagai garis panduan penting dalam melaksanakan pentadbiran dan operasi organisasi. Dasar yang digubal seharusnya selaras dengan keperluan asas untuk mencapai wawasan dan objektif organisasi. Dasar perlu bersifat jelas serta mudah untuk difahami oleh pekerja di semua peringkat bagi melancarkan proses pelaksanaan pentadbiran dan operasi organisasi. Contohnya, dasar kualiti sesebuah organisasi yang ditetapkan sebagai panduan pelaksanaan sistem pengurusan kualiti ke arah pencapaian pensijilan ISO 9001.
federal blue printrangka tindakan persekutuanPentadbiranPentadbiran Awam

Dokumen rasmi yang digubal oleh kerajaan persekutuan dalam merencana atau merancang program atau projek pembangunan negara. Rangka tindakan persekutuan menjadi garis panduan dan rujukan kepada pihak pemerintah atau pentadbir dalam merealisasikan matlamat dan cita-cita negara. Dokumen ini mengandungi elemen-elemen seperti teras, objektif, prinsip atau rasional dan strategi pelaksanaan khusus sesuatu aktiviti. Contohnya Rancangan Malaysia Ke-9 merupakan rangka tindakan persekutuan yang digubal untuk pihak pemerintah melaksanakan pembangunan negara dalam tempoh lima tahun.

antitrustantipakatanEkonomiTiadaDasar atau perundangan yang digubal untuk menghalang amalan monopoli atau kewujudan kuasa monopoli, dan sebaliknya menggalakkan persaingan dalam perniagaan. Antipakatan bertujuan melindungi pengguna supaya harga yang wujud menggambarkan harga pasaran yang berpatutan.
declaratory statutestatut perisytiharanUndang-undangTiadaStatut yang digubal untuk menjelaskan undang-undang yang berkuat kuasa tentang sesuatu perkara dengan tujuan untuk menghapuskan keraguan tanpa mengubah undang-undang itu.
building codekanun bangunanKejuruteraanKejuruteraan BangunanKanun yang digubal bagi memastikan supaya setiap proses pembinaan yang dilaksanakan itu dapat mencapai sekurang-kurangnya tahap piawai minimum, khususnya dalam aspek kesihatan dan keselamatan.
forest regulationperaturan hutanPerhutananPengurusan HutanArahan yang digubal dan dipersetujui pada peringkat persekutuan atau negeri untuk diterima pakai dan dijadikan amalan semasa dalam menguruskan hutan.
electorial lawundang-undang pilihan rayaSejarahTiadaUndang-undang yang digubal dan diwartakan khusus untuk tatacara pilihan raya, biasanya berbeza di antara satu negara dengan negara yang lain.
Computer Crime ActAkta Jenayah KomputerTeknologi MaklumatTiadaAkta yang digubal untuk mentakrifkan kesalahan jenayah komputer dan penalti ke atas pesalah.
Digital Signature ActAkta Tandatangan DigitalTeknologi MaklumatTiadaAkta yang digubal untuk mengurus dan mengawal selia tandatangan digital. Lihat: digital signature
building by-lawsundang-undang kecil bangunanSosiologiTiadaPeraturan yang digubal bagi memastikan setiap proses pembinaan mengikut piawai minimum yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
123

Kembali ke atas