Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pakai
Kata Terbitan : memakai, terpakai, pakaian, berpakaian, pemakaian, sepemakaian, pemakai,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
standby spaceruang menungguKomunikasiKorporatSistem yang diguna pakai oleh syarikat penerbitan media cetak untuk penyiaran iklan pada sebarang waktu dan ruang yang dikosongkan. Pihak penerbit akan melompangkan ruang untuk siaran berita atau bahan siaran yang bersifat semasa, sebelum sesuatu penerbitan itu dicetak. Sekiranya tiada bahan mutakhir yang boleh mengisi lompang tersebut, ruang ini akan digantikan dengan iklan yang telah sedia menunggu/ Kesan akhirnya ialah keseluruhan ruang digunakan sepenuhnya. Oleh sebab ciri pengiklanan dari segi waktu dan ruang tidak tetap, maka kos yang dikenakan kepada pengiklan adalah lebih rendah berbanding iklan lain yang dijadualkan lebih awal. Kedudukan ruang iklan biasanya terletak di halaman yang kurang mendapat perhatian dan tidak strategik dari segi nilai berita.
international strategystrategi antarabangsaPengurusanPerancanganStrategi yang diguna pakai bagi meneroka pasaran perniagaan di negara asing. Strategi ini bertujuan untuk meluaskan rangkaian perniagaan sesebuah organisasi selain pasaran tempatan. Organisasi yang menggunakan pendekatan strategi ini dikenali sebagai perbadanan multinasional. Contoh strategi antarabangsa yang dilakukan adalah melalui eksport dan import, pembukaaan cawangan operasi luar negara dan menjalin usaha sama dengan organisasi luar negara. Lihat juga perbadanan multinasional.
white technologyteknologi putihPertanianAgroteknologiSalah satu cabang bioteknologi yang diguna pakai dalam proses industri. Contohnya, penggunaan mikroorganisma untuk menghasilkan bahan kimia seperti enzim dan katalis, atau untuk melupuskan bahan kimia berbahaya. Teknologi ini boleh mengurangkan penggunaan sumber, selain dapat menggalakkan pengurusan industri dengan lebih cekap. Teknologi ini banyak digunakan dalam industri farmaseutikal dan perubatan.
computer security planrancangan sekuriti komputerTeknologi MaklumatTiadaTatacara bertulis yang diguna pakai untuk melindungi aset maklumat sesebuah organisasi.
one-time passwordkata laluan sekaliTeknologi MaklumatTiadaKata laluan semasa yang diguna pakai dalam suatu sistem mestilah unik dibandingkan dengan kata laluan lama yang digunakan sebelumnya.
planning guide linegaris panduan perancanganSosiologiTiadaSatu panduan dan rujukan yang boleh diguna pakai dalam kerja-kerja perancangan.
security requirementkeperluan keselamatanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerJenis dan aras perlindungan yang patut diguna pakai pada peralatan, data, maklumat, aplikasi, bangunan, komponen, prasarana atau persekitaran sistem maklumat.
digital signature standard (DSS)piawai tandatangan digital (DSS)Teknologi MaklumatKeselamatan KomputerPiawai yang diguna pakai oleh kerajaan Amerika Syarikat dan tandatangan digital. Lihat juga tandatangan digital.
Pearson product moment correlation coefficientpekali korelasi momen produk PearsonPendidikanTiadaIndeks korelasi yang sesuai diguna pakai apabila datanya mewakili sama ada skala interval atau skala nisbah. Indeks ini mengambil kira setiap pasangan skor dan pekali dikira antara +1.00 dan -1.00.
monitoring procedureprosedur pemantauanMakanan dan PemakananMakananProsedur pemantauan merupakan kaedah pemerhatian yang dijalankan secara berterusan dan diguna pakai dalam sistem HACCP bagi memastikan setiap titik kawalan kritikal berada dalam julat yang ditetapkan.
123456

Kembali ke atas