Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dihadapi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
risk managementpengurusan risikoPengurusanPerancanganTindakan yang dilakukan oleh pihak pengurusan organisasi terhadap risiko yang dihadapi, dengan mengenal pasti dan menganalisis situasi yang mungkin mendatangkan kesan terhadap kedudukan dan prestasi organisasi. Pengurusan risiko dilaksanakan bertujuan untuk membantu organisasi membuat keputusan atau mengambil tindakan dengan lebih berhati-hati bagi mengelakkan atau mengurangkan implikasi negatif kesan daripada risiko yang dihadapi. Elemen utama dalam pengurusan risiko ialah pengenalpastian risiko, menilai risiko, tindakan mengurangkan risiko, dan memantau kesan serta tahap risiko.
backloglantukPentadbiranTiadaKeadaan kegentingan yang dihadapi oleh pekerja apabila terlalu banyak beban kerja yang terpaksa ditanggung, dan menyebabkan banyak kerja lain yang terbengkalai.
acoustic stresstegasan akustikAeroangkasaTiadaTegasan yang dihadapi oleh struktur sesebuah pesawat akibat gelombang bunyi.
environmental uncertaintyketakpastian persekitaranPengurusanPerancanganKeadaan ketidakpastian yang dihadapi oleh sesebuah organisasi apabila kekurangan maklumat yang sahih tentang persekitaran dalaman dan persekitaran luarannya. Keadaan ini meningkatkan cabaran dalam pembuatan keputusan organisasi kerana kesukaran untuk membuat penilaian yang tepat tentang sesuatu keputusan yang ingin diambil. Contohnya, apabila pihak pengurusan sesebuah syarikat tidak mempunyai maklumat yang cukup tentang hala tuju polisi ekonomi kerajaan, maka akan menyebabkan ketidakpastian yang akan menjejaskan keberkesanan keputusan perniagaan.
acceleration stresstegasan pecutAeroangkasaTiadaKesan daya tegasan yang dihadapi oleh angkasawan akibat pecutan pesawat.
health riskrisiko kesihatanKejururawatanTiadaGangguan kesihatan yang mungkin dihadapi oleh individu.
initial diagnosisdiagnosis mulaPentadbiranTiadaMengenal pasti punca masalah yang dihadapi oleh organisasi.
acquired immunodeficiency syndrome (AIDS)sindrom kurang daya tahanBiologiGenetikPenyakit yang dihadapi manusia yang disebabkan oleh v irus keimunodefisienan manusia (HIV). AIDS.
risk transferpemindahan risikoPentadbiran PerniagaanTiadaMelepaskan tanggungjawab penanggungan kerugian yang mungkin dihadapi oleh sesebuah syarikat atau organisasi kepada pihak yang lain.
asset qualitykualiti asetEkonomiEkonomi IslamTahap risiko kredit atau ketidakpastian yang dihadapi oleh institusi kewangan Islam. Bagi menunjukkan kualiti aset, institusi kewangan Islam menggunakan pemboleh ubah A dalam ujian tekanan CAMEL (modal, aset, pengurusan, perolehan dan mudah tunai). Nisbah pembiayaan hutang tidak berbayar terhadap jumlah pembiayaan hutang akan digunakan sebagai pengukur pemboleh ubah A. Semakin tinggi nisbah ini, semakin rendah kualiti aset tersebut. Kualiti aset ini menjadi salah satu kriteria kekukuhan dan kestabilan institusi kewangan Islam selain kualiti modal, pengurusan, perolehan dan mudah tunai.
1234567

Kembali ke atas