overnight mail | mel bermalam | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Surat-surat dihantar dan disimpan pada malam hari sebelum dihantar kepada penerima. |
diplomatic despatch | pengiriman diplomatik | Sejarah | Tiada | Utusan atau perutusan yang dihantar dengan segera untuk menjalankan tugas rasmi yang dihantar oleh pegawai diplomatik, tentera darat atau tentera laut yang berkhidmat untuk pemerintah atau kerajaan. |
replay attack | serangan ulangan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Serangan ke atas rangkaian yang menyebabkan data yang dihantar oleh pengguna melalui rangkaian dipintas dan dihantar semula secara tidak sah oleh pengguna hasad. Serangan ini bertujuan untuk penyamaran atau pengubahan data. Penyamaran ulangan melibatkan paket data yang mengandungi kata laluan seseorang pengguna boleh dipintas dari rangkaian oleh pengguna hasad. Setelah pemintasan, pengguna hasad boleh melawati laman yang dikunjungi pengguna sebenar dan mengulangi penghantaran paket tersebut untuk mensimulasikan kemasukan kata laluan. Contoh variasi serangan ulangan untuk perubahan data pula ialah fenomena yang berlaku dalam urus niaga perbankan apabila paket urus niaga deposit wang ke dalam suatu akaun dipintas. Paket data yang sama boleh diulang berkali-kali untuk mensimulasikan deposit wang yang berterusan. Banding serangan aktif dan serangan pasif. |
non-repudiation of origin | tiada bangkangan asal | Teknologi Maklumat | Tiada | Penerima data diberikan bukti dari mana data itu dihantar. Ini untuk mengesan data dihantar oleh orang yang tidak sepatutnya seperti penyamar. |
e-mail | e-mel | Teknologi Maklumat | Tiada | Memo, surat dan mesej yang dihantar secara elektronik daripada pengguna komputer kepada pengguna komputer melalui rangkaian Intranet dan Internet. Penghantaran ini berlaku dalam beberapa saat walaupun dihantar ke komputer yang terletak |
reference sample | sampel rujukan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Produk akhir herba yang dihantar untuk pengujian makmal bagi tujuan pendaftaran produk. Sampel tersebut diperoleh dari premis pengilang yang dinyatakan dalam permohonan pendaftaran. Sampel yang dihantar hendaklah bertarikh luput sekurang-kurangnya setahun dari tarikh penghantaran dan mempunyai nombor kelompok yang sama. |
link status signal unit (LSSU) | link status signal unit (LSSU) | Teknologi Maklumat | Tiada | Paket yang dihantar antara bahagian pindahan mesej (MTP) protokol SS7 untuk menyediakan maklumat SS7 berkenaan nod penghantaran dan pautannya. Maklumat ini dihantar semasa penjajaran awal pautan apabila berlaku pencabulan pemproses yang berkaitan atau apabila kesesakan pautan dikesan. |
transmission coefficient | pekali penghantaran | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Parameter untuk mengukur peratus tenaga yang dihantar akibat interaksi antara gelombang bunyi dengan bahan. Apabila gelombang bunyi bertemu dengan sempadan dua media, sebahagian tenaga bunyi akan dihantar yang dikenali sebagai pekali T. Pekali T diberikan formula seperti yang berikut: Pekali penghantaran, T = (4Z1Z2/(Z1 + Z2 )^2, Dengan Z1 dan Z2 ialah impedan akustik dalam dua bahan berbeza. Lihat juga pekali pantulan. |
listserv group | kumpulan listserv | Teknologi Maklumat | Tiada | Kumpulan yang meminta supaya nama mereka dimasukkan ke dalam senarai mel. Permintaan dihantar ke atur cara listserv. Selepas langganan, mesej e-mel yang diterima oleh atur cara listserv akan dihantar kepada semua pelanggan. |
sympathomimetic | simpatomimetik | Farmasi | Farmakologi | 1. Berkaitan dengan memimik kesan impuls yang dihantar oleh gentian postganglion adrenergik dalam sistem saraf simpatetik. Simpatomimetik juga merujuk kepada penghasilan kesan fisiologi menyerupai kesan-kesan yang disebabkan oleh aktiviti atau rangsangan sistem saraf simpatetik. 2. Agen yang menyebab.kan kesan fisiologi yang serupa dengan kesan yang terhasil apabila impuls dihantar oleh gentian postganglion ad:renergik dalam sistem saraf simpatetik atau apabila sistem saraf simpatetik menerima rangsangan.Ageninimerangsang pelepasan dan tindakan epinefrina. Contoh agen ini ialah siklopentamina, dopamina, isoproterenol,nafazolina dan tetrahidrozolina. Kesan buruk agen ini antaranya ialah sakit kepala yang teruk, resah, muntah dan glikosuria. |