factorial design | reka bentuk pemfaktoran | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Kaedah reka bentuk eksperimen statistik yang berdasarkan 2� bilangan eksperimen dengan n ialah bilangan pemboleh ubah yang akan dikaji. Reka bentuk ini digunakan pada peringkat awal sebagai tinjauan faktor utama yang perlu dikaji dan analisis regresi berdasarkan keputusan eksperimen kemudian digunakan untuk memajukan hubungan kuantitatif antara pemboleh ubah. |
quadrat | kuadrat | Biologi | Ekologi | Kawasan kecil yang berbentuk segi empat yang digunakan untuk mengkaji kepadatan dan kepelbagaian spesies. Sampel yang diambil bergantung pada keamatan dan frekuensi sesuatu spesies yang dikaji. Manakala bilangan kuadrat yang digunakan bergantung pada kehadiran spesies yang dikaji. |
micrometabolism | mikrometabolisme | Perubatan | Tiada | Metabolisme yang dikaji secara mikrokaedah. |
holistic perspective | perspektif holistik | Pendidikan | Tiada | Fenomena yang dikaji dan difahami sebagai satu sistem yang kompleks dan menyeluruh. Tumpuannya adalah melihat perkaitan pemboleh ubah dalam sistem tersebut. |
chronospecies | kronospesies | Biologi | Genetik | Sesuatu spesies yang dapat dikaji melalui fosil yang didapati dari masa tertentu. |
anatomical pathology | patologi anatomi | Perubatan | Tiada | Cabang patologi yang dikaji dari sudut anatomi. |
detailed | terperinci | Sejarah | Tiada | Sifat sesuatu yang diteliti dan dikaji dengan amat halus dan perinci. |
revised probability | kebarangkalian tersemak | Pentadbiran | Tiada | Kebarangkalian yang sudah dikaji semula. |
theory | teori | Pentadbiran | Tiada | Kumpulan konsep dan prinsp yang dikaji secara sistematik serta diterima ramai untuk dijadikan panduan, dan asas dalam menjalankan sesuatu kerja. |
macrofossil | makrofosil | Geologi | Tiada | Fosil yang cukup besar untuk dapat dikaji tanpa bantuan mikroskop. |