pharmacological effect | kesan farmakologi | Farmasi | Farmakologi | Kesan daripada pengambilan drug yang mengakibatk:an perubahan fisiologi atau biokimia di dalam tubuh. Kesan farmakologi boleh dikelaskan kepada kesan dikehendaki dan kesan tidak dikehendaki. Kesan dikehendaki selalunya merujuk: kepada drug yang memberi kesan kebaikan dan dapat merawat sesuatu penyakit. Kesan tidak dikehendaki pula merujuk: kepada kesan-kesan drug yang lain, sama ada kesan memudaratkan, kesan tidak memudaratk:an atau kesan bermanfaat. Contohnya, pengambilan rifampisin untuk merawat tuberkulosis. Selain mempunyai kesan kebaikan, iaitu dapat membunuh mikroorganisma penyebab penyakit tersebut, ia juga boleh menimbulkan kesan lain yang tidak memudaratkan, seperti menyebabkan air kencing dan najis berubah warna. |
ion detector | pengesan ion | Kejuruteraan | Tiada | Alat yang digunakan dalam spektrometer jisim untuk membezakan antara ion yang dikehendaki dan ion yang tidak dikehendaki. |
Artifact | artifak | Teknologi Maklumat | Tiada | Herotan dalam isyarat video atau audio. Artifak adalah perkara yang tidak dikehendaki dalam imej video. Suatu data yang tidak dikehendaki, tidak mempunyai makna yang terhasil daripada operasi pemprosesan. Contoh artifak ialah herotan visual atau suara yang terhasil akibat penggunaan perisian pemampatan hilang. Artifak juga boleh disebabkan oleh kegagalan perkakasan. |
cross modulation | pemodulatan silang | Kejuruteraan | Tiada | Sambutan lainan atau bentuk gangguan yang berlaku apabila pembawa isyarat yang dikehendaki bersaling memodulat dengan pembawa isyarat yang tidak dikehendaki. |
selectivity | kepilihan | Fizik | Elektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan | Kebolehan alat penerima radio untuk memisahkan frekuensi isyarat yang dikehendaki daripada frekuensi isyarat yang lain walaupun perbezaan nilai yang dikehendaki hanya sedikit sahaja. |
governor | pengawal imbang | Mekanik | Gunaan | Alat yang digunakan untuk mengawal laju min enjin kerana kerap-kali enjin dikehendaki bergerak pada laju yang malar walau apa pun kuasa yang dikehendaki daripadanya. Pengawal imban mengawal kadar aliran bahan api. |
provisional arrest | tangkapan sementara | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Tindakan menahan seseorang yang dikehendaki untuk dibicarakan dalam satu tempoh yang tidak lama. Dalam konteks undang-undang jenayah antarabangsa, Mahkamah Jenayah Antarabangsa boleh memohon kepada sesebuah negara pihak untuk melakukan tangkapan sementara apabila seseorang yang dikehendaki berisiko melarikan diri. Apabila mahkamah memohon penyerahan, individu tersebut akan diserahkan untuk dibicarakan. Tetapi sekiranya tiada permohonan untuk penyerahan setelah berakhirnya tempoh tertentu, individu tersebut boleh dibebaskan. |
loading dose | dos muatan | Farmasi | Farmakologi | Dos permulaan sesuatu drug yang diberi dalam kuantiti yang tinggi untuk. mencapai aras terapeutik yang dikehendaki dengan cepat.Ini diikuti dengan pemberian dos pengekalan yang lebih rendah bagi memastikan kepekatan drug pada aras yang dikehendaki. Kuantiti dos pengekalan ditentukan oleh kadar penyingkiran drug daripada tubub. Contohnya, penggunaan dos muatan fenitoin mencapai aras terapeutiknya dalam tempoh beberapa minit berbanding dos biasa yang memerlukan beberapa hari semasa rawatan sawan akut. Hanya drug tertentu dan dalam keadaan tertentu yang memerlukan dos muatan. Sinonim dos awal. |
raw distillate | sulingan mentah | Kejuruteraan | Petroleum | Gasolin atau bahan-bahan bakar lain yang baru dikeluarkan dari alatan pemeluwapan tetapi masih mengandungi bahan-bahan yang tidak dikehendaki oleh sebab belum mengalami proses penapisan bagi mengeluarkan bahan-bahan yang tidak dikehendaki itu. |
push-pull circuit | litar tolak tarik | Kejuruteraan | Tiada | Litar yang mengandung dua unsur serupa yang beroperasi pada hubungan fasa 180o untuk menghasilkan komponen-komponen keluaran tambah bagi gelombang yang dikehendaki dan pembatalan hasil-hasil tertentu yang tidak dikehendaki. |