curtate | kurtat | Matematik | Tiada | Anuiti hayat yang berdasarkan kepada jumlah pembayaran seimbang yang tidak dilakukan atau dilakukan, bagi sebahagian masa mulai daripada pembayaran akhir sebelum kematian penama sehinggalah kematiannya. |
half squat | separa cangkung | Sukan | Tiada | Latihan ini dilakukan dengan palang dan beban di hadapan atau di atas belakang bahu. Latihan ini dilakukan separa cangkung turun dan naik. Latihan ini boleh dilakukan berulang kali. |
aqd tamlik | akad memberi milik | Perniagaan Islam | Tiada | Akad yang dilakukan oleh dua pihak untuk memiliki harta. Sekiranya akad dilakukan dengan bayaran atau melibatkan pertukaran, akad ini dinamakan akad mu‘awadah. Contohnya, jual beli, sewaan atau tukaran wang. Sekiranya akad dilakukan tanpa bayaran atau melibatkan pertukaran, akad ini dinamakan akad tabaruk. |
vitality test | ujian kevitalan | Pergigian | Tiada | Kaedah penyiasatan tak invasif untuk menentukan kevitalan gigi. Ia boleh dilakukan dengan dua cara iaitu ujian terma dan ujian elektrik pulpa. Ujian terma dilakukan dengan meletakkan getah perca yang panas atau menyembur etil klorida pada gigi. Ujian elektrik pulpa dilakukan dengan mengalirkan arus elektrik yang rendah pada gigi. Ujian kevitalan ini juga boleh dilakukan dengan membuat kaviti ujian. |
‘aqd mawquf | akad tertangguh | Perniagaan Islam | Tiada | Akad yang dilakukan oleh pihak yang mempunyai kelayakan tetapi tidak mempunyai kuasa untuk melaksanakannya. Contohnya, akad yang dilakukan oleh kanak-kanak mumaiyiz dalam urusan yang mempunyai risiko untung atau rugi kecuali diizinkan oleh walinya, atau akad yang dilakukan oleh individu dalam urus niaga harta tanpa mendapat keizinan daripada pemiliknya terlebih dahulu. |
flight test | ujian penerbangan | Aeroangkasa | Tiada | Ujian penerbangan yang dilakukan terhadap pesawat udara untuk mencapai keperluan tertentu seperti ujian gaya laku, kestabilan dan lain-lain.,Pendaratan keras yang terlompat-lompat yang dilakukan oleh juruterbang kerana kurang mahir hingga menyebabkan kerosakan pada alat pendaratan dan struktur pesawat udara.,Ujian penerbangan yang dilakukan terhadap pesawat udara untuk mencapai keperluan tertentu seperti ujian gaya laku, kestabilan dan lain-lain. |
artificial pollination | pendebungaan buatan | Pertanian | Agronomi | Pemindahan debunga daripada stamen kepada stigma yang dilakukan oleh manusia dan bukan secara semula jadi dengan perantaraan serangga atau angin. Proses ini dilakukan untuk membuat kacukan terpilih bagi menghasilkan baka yang diingini oleh seorang pembiak baik tanaman. Kadangkala, pendebungaan buatan dilakukan untuk mengatasi masalah kekurangan agen pendebunga. |
desensitization | pendesensitifan | Pergigian | Tiada | Prosedur yang dilakukan bagi menghilangkan atau mengurangkan kengiluan (kepekaan dentin). Ia dilakukan dengan menyapu bahan kimia kepada permukaan yang sensitif bagi menutupi tubul dentin yang terdedah akibat kehausan atau penyediaan kaviti. |
blind interview | wawancara spontan | Komunikasi | Tiada | Wawancara yang dilakukan tanpa sebarang perancangan terlebih dahulu dan dilakukan secara spontan. |
circuit flying | penerbangan litar | Aeroangkasa | Tiada | Prosedur penerbangan yang dilakukan di sekitar landasan.,Prosedur penerbangan yang dilakukan di sekitar landasan. |