appointee | yang dilantik | Sejarah | Tiada | Orang yang dilantik memegang sesuatu jawatan. |
wakil | wakil | Perniagaan Islam | Tiada | Pihak yang dilantik dalam akad wakalah. Wakil individu hendaklah berakal dan baligh tetapi dalam mazhab Syafii, individu yang mumaiyiz boleh juga dilantik sebagai wakil hanya untuk urusan memasuki rumah, menyampaikan hadiah, menunaikan haji, kerja sukarela, menyembelih binatang korban dan mengagihkan zakat. Dalam mazhab Hanafi, kanak-kanak yang mumaiyiz boleh dilantik sebagai wakil. |
chief steward | ketua pramugara | Aeroangkasa | Tiada | Pramugara yang dilantik untuk mengetuai anak kapal kabin.,Sayap pesawat udara yang pelannya berbentuk segi empat.,Pramugara yang dilantik untuk mengetuai anak kapal kabin. |
Justice of Peace | Jaksa Pendamai | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Individu yang dilantik khas oleh Raja bagi memelihara keamanan dalam masyarakat. Bidang kuasa beliau tertakluk kepada undang-undang negara dan peruntukan kuasa yang diberikan kepadanya. Individu yang dilantik ini merupakan tokoh yang telah banyak berjasa kepada masyarakat dan dihormati. Ia menjadi rujukan kepada pihak tertentu dalam masyarakat terutamanya untuk menyelesaikan pertikaian. Kebanyakan Jaksa Pendamai dilantik di kalangan majistret yang biasa mengadili kes orang ramai. Jawatan ini berasal dari United Kingdom sejak tahun 1361 apabila King Edward III melantik orang ternama di setiap mukim bagi memelihara keamanan di tempat berkenaan. Singkatan JP. |
public officer | pegawai awam | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Individu yang dilantik oleh kerajaan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab tertentu bagi memenuhi kepentingan masyarakat. Pegawai awam yang dilantik perlu mempunyai kelayakan tertentu dari segi taraf pendidikan dan pengalaman kerja yang bersesuaian dengan jawatan yang dipegang. Pegawai awam terikat dengan etika kerja, nilai-nilai murni dan Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam untuk menjamin kesetiaan kepada organisasi, akauntabiliti dan ketelusan bagi meningkatkan kecemerlangan citra perkhidmatan awam. Sinonim penjawat awam |
cabinet minister | menteri kabinet | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Individu yang dilantik dari kalangan ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara bagi menganggotai badan pemerintahan di peringkat persekutuan dan mengetuai sesebuah kementerian. Menteri ini dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Beliau bertanggungjawab terhadap perjalanan dan pelaksanaan dasar-dasar kementeriannya. Pada masa yang sama, menteri kabinet turut mengambil bahagian dalam penggubalan dasar-dasar kerajaan. Kebanyakan menteri mempunyai portfolio tertentu tetapi terdapat juga menteri yang tidak mempunyai portfolio khusus seperti Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Anggota jemaah menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri membentuk kabinet di peringkat persekutuan. |
niyabah shar‘iyyah ikhtiyariyyah | wakil syarak dengan pilihan | Perniagaan Islam | Tiada | Wakil yang dilantik untuk menjalankan urusan tertentu yang diharuskan oleh syarak bagi pihak pewakil. Wakil dan pewakil mempunyai pilihan untuk menerima pewakilan. Wakil yang dilantik mempunyai kelayakan untuk berakad dalam urus niaga bagi pihak pewakil. |
parliamentary commission | suruhanjaya parlimen | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Badan bebas yang dilantik khas untuk menyiasat atau mendapatkan maklumat terhadap sesuatu insiden, fenomena, isu, masalah atau kejadian yang melibatkan kepentingan negara atau orang ramai. Anggota badan ini terdiri dari ahli-ahli parlimen dan dilantik khas oleh parlimen. Hasil penyiasatan yang dibuat perlu dibentang dan disahkan oleh parlimen. Setelah selesai sesuatu kes, suruhanjaya ini akan dibubarkan. |
ad hoc judge | hakim ad hoc | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Hakim yang dilantik khusus untuk sesuatu kes sahaja dan tempoh pemegangan jawatannya berakhir setelah selesainya kes tersebut. Contohnya, dalam kes pertikaian Batu Putih, terdapat dua orang hakim ad hoc yang masing-masing dilantik oleh Malaysia dan Singapura turut terlibat dalam membuat pengadilan dalam kes tersebut. |
adhipati | adipati | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Gelaran kepada raja atau ketua daerah yang dilantik sebagai wakil raja. Penggunaan gelaran ini lebih bersifat kultus berbanding unsur politik pada zaman kebangkitan kerajaan kuno Zaman Klasik di Jawa. Contohnya Adipati Tuban bernama Ranggalawe yang dilantik semasa pemerintahan Raja Jayanagara (1309 M � 1328 M) di Majapahit. |