Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dilihat

Puisi
 

Asam kandis mari dihiris,
     Manis sekali rasa isinya;
Dilihat manis dipandang manis,
     Lebih manis hati budinya.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Dilihat galas berlaba,
     dihitung pokok termakan.

Bermaksud :

Lahirnya saja untung, tetapi yang sebenarnya rugi. (Peribahasa lain yang sama makna: Dibilang genap, dipapar ganjil).

 

Lihat selanjutnya...(16)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
phenomenonfenomenonKesusasteraanTiada2. Sesuatu kenyataan, kejadian dan sebagainya yang dilihat atau boleh dilihat.
unsightedtidak dapat dilihatSukanTiada1. Tidak dapat dilihat: Keadaan apabila isyarat yang ditunjukkan oleh hakim garis yang membawa makna tiada kepastian tentang kedudukan bulu tangkis, sama ada berada di luar atau di dalam garisan, sewaktu permainan berlangsung.
postmodenismpascamodenismeKesusasteraanTiadaAliran pemikiran yang dilihat sebagai lanjutan daripada modenisme serta mencabar tradisi dan konvensi. Pancamodenisme dilihat sebagai pemisahan daripada modenisme, terutamanya dalam mempertikaikan keutuhan struktur karya modenisme secara lebih radikal. Contohnya, novel Merahnya Merah oleh Iwan Simatupang. Novel ini mempersoalkan realisme, kesatuan teks dan penyelesaian teks yang rapi. Aliran ini mula berpengaruh pada tahun 1960-an. Sejak itu, istilah ini mula digunakan untuk memerikan karya seni. Lihat juga metafiksyen, modenisme.
object linegaris objekKesenianTiadaGarisan untuk menunjukkan bahagian objek dilihat sesuatu lukisan yang boleh dilihat.
airlightcahaya udaMeteorologiMeteorologi PerhubunganKecerahan ketara objek jauh yang dilihat oleh pemerhati. Kecerahan ini bertambah apabila dilihat pada siang hari akibat penyerakan cahaya matahari ke arah pemerhati oleh zarah-zarah yang terapung di dalam atmosfera, dan molekul-molekul udara. Cahaya udara bertambah dengan jarah objek disebabkan pertambahan agen-agen penyerak.
nacreous cloudawan nakreusGeografiTiadaAwan yang tidak biasa dilihat, yang terbentuk pada ketinggian 20-25km dalam stratosfera dan hanya boleh dilihat dilatitud tinggi semasa keadaan cuaca tekanan rendah.
mother-of-pearl cloudawan nakreusGeografiTiadaAwan yang tidak biasa dilihat, yang terbentuk pada ketinggian 20-25 km dalam stratosfera dan hanya boleh dilihat pada latitud tinggi semasa keadaan cuaca tekanan rendah.
undulatusundulatusMeteorologiMeteorologi PerhubunganVarieti awan berbentuk tompokan atau lapisan yang beralun-alun. Alunan dapat dilihat di lapisan awan sekata atau dilihat di lapisan awan sekata atau di dalam awan yang mempunyai unsur-unsur yang terpisah atau bercantum. Varieti awan ini khusus dikaitkan dengan awan sirokumulus, sirostratus, altostratus, altokumulus, stratokumulus, dan stratus.
figure-ground configurationkonfigurasi bentuk dan latarPsikologiPsikologi UmumKecenderungan individu untuk mengorganisasikan sesuatu penglihatan kepada bentuk dan latarnya. Bentuk yang berkeamatan tinggi atau bersaiz besar akan dilihat dahulu daripada latarnya. Terdapat beberapa ciri yang membuatkan bentuk dilihat lebih jelas daripada latarnya. Contohnya, pisang biasanya dilihat lebih jelas daripada limau yang diletakkan dalam bekas yang sama. Begitu juga objek yang bergerak pantas seperti tahi bintang akan dikesan lebih jelas berbanding dengan latar belakang atau langit yang pegun.
visibilityketampakanSainsHidrometeorologiJarak terjauh sesuatu benda yang mempunyai ciri tertentu dapat dilihat dan dikenali dengan mata kasar dalam sebarang keadaan, atau, pada waktu malam, benda itu dapat dilihat dan dikenali sekiranya tahap pencahayaan umum disamakan dengan aras hari siang biasa. Ketampakan rendah dinyatakan dalam meter atau ela, manakala ketampakan tinggi dalam kilometer atau batu. Laporan ketampakan umumnya merujuk ketampakan pada semua arah. Sekiranya terdapat sisihan yang nyata, ketampakan terendah direkod untuk tujuan sinoptik.
12345678910...

Kembali ke atas