e-book | e-buku | Teknologi Maklumat | Tiada | Buku dalam bentuk elektronik yang boleh dimuat turun dan dibaca dengan perisian Adobe Acrobat eBook Reader. Pengguna boleh membeli e-buku dalam disket atau CD tetapi cara yang paling popular untuk mendapatkan e-buku adalah dengan membeli fail yang boleh dimuat turun dari tapak web seperti "Barnes and Noble". |
freeware | perisian percuma | Teknologi Maklumat | Tiada | Perisian yang boleh dimuat turun dari Internet dan disebar secara bebas tanpa dikenakan bayaran. Perisian ini tidak mempunyai versi demonstrasi, tiada bahagian yang tidak berfungsi atau pun dihadkan dari segi tempoh penggunaan. Pembangun perisian masih memiliki hak cipta. Banding perisian kongsi, perisian bebas |
freeware | perisian percuma | Teknologi Maklumat | Perisian | Sejenis perisian yang mempunyai hak cipta dan boleh dimuat turun atau disalin daripada Internet tanpa bayaran. Walaupun perisian ini diberikan secara percuma, pengguna tidak boleh mengubah perisian tanpa kebenaran kerana hak cipta masih dimiliki pencipta perisian. Pencipta membenarkan pengguna menggunakan perisian tersebut, namun bukan untuk dijual. |
freeware | perisian percuma | Teknologi Maklumat | Tiada | Perisian komputer yang boleh digunakan secara percuma yang lazimnya dimuat turun daripada Internet. Walau bagaimanapun, perisian percuma tetap dilindungi oleh hak cipta iaitu pengguna bebas menggunakannya dan membuat salinan tetapi tidak dibenarkan mengubahsuai, menjual dan mengedarnya tanpa kebenaran. Contohnya perisian Acrobat Reader. |
freeware | perisian percuma | Teknologi Maklumat | Tiada | Perisian komputer yang boleh digunakan secara percuma yang lazimnya dimuat turun daripada Internet. Walau bagaimanapun, perisian percuma tetap dilindungi oleh hak cipta iaitu pengguna bebas menggunakannya dan membuat salinan tetapi tidak dibenarkan mengubahsuai, menjual dan mengedarnya tanpa kebenaran. Contohnya perisian Acrobat Reader. |
streaming audio | penstriman audio | Teknologi Maklumat | Tiada | Proses penghantaran data audio yang membenarkan pengguna mendengar audio sambil ia dimuat turun ke komputer. |
applet | aplet | Teknologi Maklumat | Perisian | Atur cara ringkas yang biasanya dibina dengan menggunakan bahasa Java. Atur cara ini boleh dimuat turun dari pelayan web untuk dilaksanakan dalam pelayar web pada komputer pengguna. |
audio streaming | penstriman audio | Teknologi Maklumat | Tiada | Pemindahan data audio secara berterusan melalui rangkaian sambil membolehkan pengguna mendengar bunyi yang dimuat turun. |
nternet virus | virus Internet | Teknologi Maklumat | Tiada | Virus yang diperoleh daripada Internet. Biasanya virus merebak melalui e-mel, fail yang dimuat turun daripada Internet atau daripada sesetengah laman web yang dilawati. Kebanyakan virus yang menyerang komputer pada masa ini merupakan virus Internet. Contohnya Netsky, New Year, I Love You, Chernobyl dan Code Red. |
video streaming | penstriman video | Teknologi Maklumat | Tiada | Pemindahan data audio secara berterusan melalui rangkaian sambil membolehkan pengguna melihat imej video yang dimuat turun. |