cleat | tetupai | Kesenian | Hiasan Dalaman | Keratan kayu yang dipaku atau dilekapkan pada sesuatu bahagian untuk menyangga bahagian yang lain. |
shingle | kelikir | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Bahan kedap air yang dipaku saling bertindihan dengan bahan-bahan bumbung yang lain bagi menghasilkan bumbung bercerun kalis tiris. |
leader pipe | paip pandu | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Paip yang dipasang di pepenjuru dan dipaku ke dalam takukan supaya dapat mengelakkan pertambahan tebal dinding. |
sliding window | tingkap gelungsur | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Tingkap yang satu bahagian dipasak atau dipaku supaya tetap manakala satu bahagian lagi boleh dibuka dan ditutup secara gelungsur. |
collar beam | rasuk relang | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Rasuk pengikat yang terletak berdekatan dengan perabung dan dipaku merentasi dua kasau yang bersetentangan. Rasuk ini digunakan untuk menghalangi tujahan angin. |
nailable concrete | konkrit boleh paku | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Konkrit ringan daripada campuran habuk papan yang boleh dipaku dengan mudah. |
case door | bingkai pintu | Kesenian | Hiasan Dalaman | Struktur yang terdiri daripada jenang dan kepala pintu yang dipaku bagi menampung kedua-dua daun pintu supaya mudah tertutup, yang sedatar dengan permukaan dinding. Pada dinding yang nipis atau pada sesekat, ketebalan bingkai pintu sama dengan ketebalan dinding atau sesekat. |
box timber | kayu pak | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Kayu gergaji yang mudah diproses, iaitu dibelah, diketam dan dipaku, ringan, dan tahan lama yang biasa digunakan untuk pembuatan bekas seperti kotak dan peti kayu. |
laminated beam | rasuk kayu lapis | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Rasuk kayu yang terdiri daripada dua kepingan kayu atau lebih, yang dipelekat, dipaku atau dicantumkan bersama, dengan arah iranya selari dengan arah panjang rasuk. Rasuk jenis ini dapat dihasilkan daripada kayu berukuran kecil. |
zebrawood | zebrawood | Kesenian | Hiasan Dalaman | Kayu keras yang menggambarkan spesies pokok dan kayunya yang mempunyai urat yang lurus, warna yang pelbagai dan susah untuk dipotong, dipaku dan sebagainya. |