Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dipantau


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
depth of neuromuscular blockadetahap sekatan neuromuskularPerubatanTiadaTahap kelumpuhan otot skeletal yang biasanya dipantau dengan menggunakan alat perangsang saraf periferi. Penentuan tahap ini penting untuk memastikan supaya pesakit terus berada dalam keadaan lumpuh yang optimum bersesuaian dengan jenis pembedahan.
MIB (management information base )MIB (pangkalan maklumat pengurusan)Teknologi MaklumatTiadaStruktur SNMP yang memerihalkan butiran peranti yang dipantau.
creep testujian rayapFarmasiFarmaseutikUjian reologi apabila tegasan rendah yang malar dikenakan ke atas suatu bahan. Deformasi dan aliran yang terhasil dipantau sepanjang tempoh ujian.
DMI (desktop management interface)DMI (antara muka pengurusan atas meja)Teknologi MaklumatTiadaSistem pengurusan PC yang menyediakan laluan dwiarah untuk menyiasat semua komponen perkakasan dan perisian dalam PC. Apabila PC menggunakan DMI, konfigurasi perkakasan dan perisiannya boleh dipantau dari stesen pusat dalam rangkaian.
tripwiretripwayarTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPerisian pengesanan pencerobohan peringkat hos yang merekod dan memberi amaran kepada sistem pengendalian atau pemilik sistem apabila percubaan untuk mencapai, mengubah suai, melancar, atau membatalkan sesuatu fail atau direktori tertentu yang sedang dipantau, dilakukan oleh pengguna.
closed hydroponics systemsistem hidroponik tertutupPertanianAgroteknologiSistem hidroponik yang melibatkan kitaran semula nutrien yang dibekalkan kepada tanaman. Sistem ini mempunyai tangki nutrien, dan pemberian air serta nutrien disalurkan kepada tanaman di dalam bekas dan dikembalikan kepada tangki menggunakan pam elektrik. Keadaan nutrien perlu dipantau supaya ciri pH dan kemasinan nutrien dapat dikawal pada tahap yang sesuai untuk tanaman. Sistem ini biasanya tidak menggunakan media tanaman seperti tanah. Terdapat beberapa kaedah dalam sistem ini termasuk sistem kultur air dalam (DWC) dan teknik lapisan nutrien (NFT). Singkatan CHS. Lihat juga teknik lapisan nutrien, sistem kultur air dalam.
account directorpengarah pelangganKomunikasiKorporatJawatan dalam syarikat pengiklanan dan syarikat perhubungan awam. Fungsi jawatan ini adalah untuk menguruskan semua perkhidmatan yang diberikan oleh agensi pengiklanan atau syarikat perhubungan awam yang berkaitan dengan pelanggan. Dalam syarikat pengiklanan, seseorang pengarah pelanggan dipertanggungjawabkan kepada beberapa klien dan beliau perlu memastikan semua aktiviti pengiklanan dipantau dari peringkat awal pengurusan sesuatu iklan hingga ke peringkat akhir pengiklanan, khususnya hal ehwal kewangan, mutu pengiklanan, dan keberkesanan sesuatu iklan. Dalam perhubungan awam, pengarah pelanggan bertanggungjawab memantau segala projek perundingan perhubungan awam yang diberikan kepada klien dari peringkat awal hingga akhir. Bagi sebuah syarikat pengiklanan atau perhubungan awam yang diberikan kepada klien dari peringkat awal hingga akhir. Bagi sebuah syarikat pengiklanan atau perhubungan awam yang besar, terdapat lebih daripada satu jawatan pengarah pelanggan. Setiap penyandang jawatan mempunyai kepakaran da
Accounting and Auditing Organization for Islamic Financial InstitutionsOrganisasi Perakaunan dan Pengauditan bagi Institusi Kewangan IslamEkonomiEkonomi IslamBadan penyelaras piawaian perakaunan dan pengauditan yang berpusat di Bahrain. Organisasi ini bertujuan mengeluarkan piawaian perakaunan antarabangsa mengikut kerangka syariah untuk diguna pakai oleh institusi kewangan Islam. Organisasi ini dianggotai oleh beberapa ahli sukarela yang mewakili pengguna penyata institusi kewangan Islam, akauntan, jurubank, ahli akademik, ahli syariah dan badan pengawal selia. Organisasi ini dipantau oleh jawatankuasa syariah yang menilai piawaian dan memberi khidmat nasihat yang berkaitan dengan syariah. Singkatan AAOIFI.
issues managementpengurusan isuKomunikasiKorporatSistem, proses, dan kaedah untuk menguruskan sesuatu isu yang berkaitan dengan sesebuah organisasi. Sesuatu isu dilihat sebagai penting apabila dijangka boleh meninggalkan kesan negatif kepada organisasi atau individu utama dalam organisasi yang boleh menjejaskan citra dan mengurangkan kewibawaan organisasi. Dalam syarikat perniagaan, kesan negatif yang terhasil boleh mengancam pasaran barangan dan menjejaskan reputasi syarikat untuk jangka panjang. Pada kebiasaannya, sesebuah organisasi telah menyediakan satu kaedah atau manual yang teruji bagi mengesan dan menangani sesuatu isu yang timbul. Pengurusan isu biasanya dipantau dan ditadbir oleh bahagian pengurusan korporat sesebuah organisasi. Contoh isu yang perlu diurus oleh sesebuah organisasi ialah pengedaran barangan yang tidak menepati spesifikasi, pemberian perkhidmatan yang tidak mematuhi piagam pelanggan, dan pelanggaran etika tadbir urus korporat oleh ketua eksekutif.
honeypot methodkaedah umpan maduTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKaedah yang digunakan untuk memerangkap aktiviti pengguna hasad dengan menyediakan ruangan palsu yang boleh menarik perhatian pengguna hasad. Contoh, suatu laman web papan mesej atau buletin boleh disertakan dengan ruangan mesej yang tidak boleh dicapai oleh pengguna biasa melalui kaedah biasa, ataupun beberapa alamat e-mel palsu yang tidak pernah digunakan boleh disediakan dalam sebuah pelayan e-mel. Apabila penjana spam menghantar mesej ke ruangan mesej atau alamat e-mel tersebut, aktiviti berkenaan boleh dipantau dalam masa nyata dan dianalisis dengan teliti untuk mendedahkan lokasi sebenar pengguna hasad. Pentadbir sistem kemudiannya boleh bertindak memerangkap atau menghalang pengguna hasad daripada mencapai pelayan tersebut. Lihat juga umpan madu.
12

Kembali ke atas