window | tingkap | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Bukaan pada dinding yang lazimnya dipasang dengan pembidang kaca atau bahan tegap. Ia boleh dibuka dan ditutup apabila dikehendaki atau boleh juga dipasang tetap. Tingkap dipasang pada bukaan berdasasrkan keadah-kaedah tertentu. Ada yang dipangsikan pada kerangka tepi, khususnya bagi tingkap kaca, ada yang boleh digelungsur tegak, mengufuk dan sebagainya. |
casing point | titik selongsong | Kejuruteraan | Petroleum | Kedalaman lubang telaga untuk selongsong dipasang. Biasanya selongsong dipasang atau disimen di dalam lubang telaga. |
beam counterbalance | timbal balas rasuk | Kejuruteraan | Petroleum | Sinonim : timbal balas Pemberat yang dipasang pada hujung rasuk berjalan, iaitu hujung yang tidak terletak di atas kepala telaga atau dipasang pada lengan engkol. Pada sistem pam rod penyedut yang besar, kadangkala pemberat ini dipasang pada kedua-dua tempat di atas. Dengan adanya pemberat tersebut, pergerakan unit pengepaman rasuk akan terus berlangsung. |
eyelid nozzle | muncung kelopak mata | Aeroangkasa | Tiada | Muncung pendorong yang dipasang dengan ram berbentuk kelopak mata yang boleh dibuka dan ditutup untuk mengubah diameter jet bahan api.,Tangga yang dipasang pada kenderaan di pelabuhan udara untuk tujuan menaikkan dan menurunkan penumpang pesawat udara.,Muncung pendorong yang dipasang dengan ram berbentuk kelopak mata yang boleh dibuka dan ditutup untuk mengubah diameter jet bahan api. |
crook | crook | Kesenian | Tiada | Pipa logam yang dipasang pada alat basun, dipangkalnya dipasang pipit. |
pull shovel | sodok tarik | Kejuruteraan | Tiada | Pengorek yang dipasang dengan lengan berengsel tempat sebiji baldi dipasang secara tegar, yang ditarik ke arah mesin penggorek itu semasa operasinya. Sinonim: pengorek kaut. |
joist | jeriau | Kesenian | Seni Bina | Kayu yang dipasang secara melintang pada kasau bagi membentuk kerangka bumbung rumah atau dipasang pada bahagian rasuk untuk menyokong lantai secara terus. Pada kerangka bumbung, jeriau dipakukan pada kasau dan plat tembok untuk mengelakkan kasau daripada mengembang keluar atau menolak dinding. |
mould locking pin | cemat acuan | Kesenian | Tiada | Cemat yang dipasang pada acuan untuk membolehkan acuan dibuka atau dipasang. |
spread box | kotak penyebar | Teknik | Elektrik | Kotak logam yang dipasang di antara sesendal kabel besar dan perkakas yang dipasang ke kabel. Kotak ini digunakan untuk membolehkan kabel mencapah, untuk tujuan penyambungan, ke tamatannya tanpa belokan tajam atau tanpa batasan gerakan. |
rheostat | reostat | Teknik | Elektrik | Perintang boleh ubah yang biasanya dipasang secara sesiri dengan beban untuk mengawal arus atau dipasang selari dengan beban untuk mengawal voltan. |