protein requirement | keperluan protein | Veterinar | Tiada | Jumlah protein yang diperlukan setiap hari oleh sesuatu ternakan. Jumlah minimum yang diperlukan mestilah sama dengan jumlah protein endogen yang dikumuhkan melalui najis, urin dan peluh. Protein diperlukan oleh ternakan untuk proses pengeluaran seperti pertumbuhan dan juga untuk membaik pulih tisu-tisu yang rosak. Biasanya, keperluan protein untuk ternakan yang muda lebih tinggi berbanding ternakan dewasa. Selain itu, ternakan bukan ruminan memerlukan protein yang lebih banyak dalam makanannya berbanding ternakan bukan ruminan. |
conversion time | masa penukaran | Kejuruteraan | Tiada | 1. Masa yang diperlukan oleh komputer untuk membaca semua digit pada kata terkod yang diberi.,2. Masa yang diperlukan untuk penukaran atau pengukuran sepenuhnya oleh penukaran analog-ke-digit, bermula dari keadaan yang terset semula.,3. Masa yang diperlukan untuk penukar analog-digit untuk mendigit isyarat masukan. |
toxic mineral | mineral toksik | Veterinar | Tiada | Unsur-unsur yang mengakibatkan keracunan pada ternakan jika diberi secara berlebihan daripada jumlah harian yang diperlukan. Walau bagaimanapun, unsur-unsur tersebut masih diperlukan pada aras tertentu. Contohnya selenium, kuprum, zink, molibdenum dan kobalt. Sesetengah unsur ini diperlukan pada jumlah yang amat sedikit dan amat mudah menyebabkan keracunan jika melebihi keperluan asas. Tahap keracunan sesetengah unsur bergantung pada interaksi dengan unsur lain yang sedia wujud dalam makanan yang diberi. Contohnya, keracunan kuprum lebih mudah berlaku jika aras molibdenum dalam makanan terlalu kurang. Terdapat juga unsur-unsur mineral yang tidak perlu dalam pemakanan tetapi sememangnya toksik jika dimakan, contohnya, merkuri, plumbum, arsenik dan strontium yang merupakan golongan logam berat. Lihat juga manifestasi toksik. |
required rate of return | kadar pulangan diperlukan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kadar pulangan minimum atas aset yang diperlukan oleh pelabur supaya berpadanan dengan risiko yang ditanggung. |
process time | masa proses | Kejuruteraan | Tiada | 1. Masa yang diperlukan untuk menyempurnakan bahagian terkawal mesin bagi kitaran kerja.,2. Masa yang diperlukan untuk menyempurnakan sesuatu proses sepenuhnya. |
half-period | setengah tempoh | Kimia | Tiada | 1. Masa yang diperlukan untuk kepekatan bahan tindak balas menjadi setengah nilai asalnya.,2. Masa yang diperlukan oleh radioisotop untuk menyepai menjadi setengah kuantiti asalnya. |
binding energy | tenaga pengikat | Geologi | Tiada | 1. Tenaga bersih yang diperlukan untuk menyingkirkan suatu zarah dari suatu sistem.,2. Tenaga bersih yang diperlukan untuk menguraikan suatu sistem zarah-zarah juzuknya. |
binding energy | tenaga pengikat | Kimia | Tiada | 1. Tenaga bersih yang diperlukan untuk menyingkirkan suatu zarah dari suatu sistem.,2. Tenaga bersih yang diperlukan untuk menguraikan suatu sistem zarah-zarah juzuknya. |
binding energy | tenaga pengikat | Kejuruteraan | Tiada | 1. Tenaga bersih yang diperlukan untuk menyingkirkan suatu zarah dari suatu sistem.,2. Tenaga bersih yang diperlukan untuk menguraikan suatu sistem zarah-zarah juzuknya. |
redundant member | anggota lewah | Kejuruteraan | Tiada | Anggota struktur yang tidak diperlukan untuk ketegaran anggota, dan ia menjadikan bilangan anggota struktur melebihi bilangan minimum yang diperlukan untuk ketegangan. |