Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diperoleh

Peribahasa

Sumur digali air terbit.

Bermaksud :

Yang diperoleh lebih daripada yang dikehendaki; hasil yang diperoleh dengan serta-merta.

 

Lihat selanjutnya...(66)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
delayed gratificationgratifikasi tertangguhPsikologiPsikologi UmumTindakan menangguhkan kepuasan sekiranya mengetahui ganjaran yang akan diperoleh itu lebih besar daripada yang diperoleh dalam masa terdekat. Namun begitu, ganjaran yang akan diperoleh dengan segera walaupun sedikit tetap menguji keimanannya. Setiap individu mempunyai cara yang berbeza dari segi menangguhkan hasrat untuk mendapatkan kepuasan.
meanminPsikologiPsikologi UmumUkuran kecenderungan memusat yang dikira menggunakan rumusan matematik untuk mendapatkan purata skor. Apabila data yang diperoleh normal taburannya, maka kemungkinan min yang diperoleh menggambarkan skor yang sekata adalah tinggi. Walau bagaimanapun, min ini juga boleh memberi gambaran yang salah apabila data yang diperoleh itu banyak mempunyai pencilan. Contohnya, min ukuran ketinggian pelajar IPT Malaysia (sekiranya sampelnya mempunyai ramai pelajar luar negara) adalah sama dengan pelajar IPT United Kingdom. Padahal masyarakat mengetahui bahawa secara purata ukuran ketinggian pelajar United Kingdom adalah lebih tinggi daripada pelajar Malaysia. Oleh itu, ukuran min perlu disertai dengan ukuran lain seperti varians atau sisihan piawai.
empirical datadata empirikPsikologiPsikologi UmumData yang diperoleh daripada penelitian yang saintifik. Contohnya, data yang diperoleh daripada kajian pemerhatian naturalistik atau eksperimental, dan bukannya berdasarkan taakulan, spekulasi, kepercayaan tradisional atau akal kebiasaan, atau akal bestari.
calorie intakepengambilan kaloriKimiaBiokimiaKesetaraan kalori yang diperoleh daripada penghadaman makanan dan dihitung dengan berasaskan tenaga yang diperoleh melalui pengoksidaan sempurna makanan.
phlebogramflebogramPerubatanTiada1.Gambaran sinar-X vena yang diperoleh melalui flebografi. 2. Rakaman nadi vena yang diperoleh melalui flebografi.
reconnaissance mappeta tinjauanGeologiTiadaPeta berdasarkan maklumat yang diperoleh dalam survei tinjauan dan juga berdasarkan data yang diperoleh dari sumber-sumber yang lain.
derived scoreskor terbitanPsikologiPsikologi UmumSkor atau markat yang diperoleh melalui pengiraan statistik tertentu. Contohnya, skor piawai diperoleh dengan menggunakan formula skor Z. Sinonim skor perolehan.
online helpbantuan dalam talianTeknologi MaklumatTiadaBantuan yang diperoleh dengan merujuk manual, pertanyaan melalui telefon ataupun rujukan menerusi Internet. Bantuan yang diperoleh melalui internet mungkin dalam bentuk rujukan manual elektronik, FAQ, soal jawab interaktif, e-mel dan lain-lain. Bantuan ini amat diperlukan oleh pengguna yang menghadapi masalah menggunakan komputer, peranti komputer, dan perisian. Contoh laman www.dbp.gov.my yang menyediakan bantuan dalam talian berkaitan ejaan.
subsitute property waqfharta wakaf badalEkonomiEkonomi IslamHarta baru yang diperoleh dan digunakan bagi menggantikan harta wakaf asal dalam proses istibdal wakaf. Harta wakaf ini diperoleh melalui tukaran atau pembelian daripada wang hasil jualan harta wakaf yang asal. Nazir wakaf mestilah memastikan bahawa manfaat harta wakaf badal lebih besar daripada manfaat harta wakaf yang asal.
ard kharajiyyahtanah kharajiyahPerniagaan IslamTiadaTanah yang diperoleh kerajaan Islam melalui dua kategori, iaitu melalui peperangan dan diagihkan kepada pengusaha yang bukan beragama Islam dan kategori kedua, iaitu tanah yang diperoleh kerajaan Islam melalui perjanjian damai. Tanah ini dikekalkan kepada pemilik asal. Tanah kharajiyah kategori pertama, tidak berubah statusnya walaupun pengusahanya memeluk agama Islam. Sebaliknya, tanah kharajiyah kategori kedua akan berubah statusnya kepada tanah ushriyah sekiranya pemiliknya memeluk agama Islam.
12345678910...

Kembali ke atas